Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457572
Title: Rawatan pome dan penghasilan gas hidrogen menggunakan reaktor elektropengentalan
Authors: Muhammad Ansori Nasution (P49942)
Supervisor: Zahira Yaakob, Prof. Dr.
Keywords: Rawatan pome
Gas hidrogen
Reaktor elektropengentalan
Chemical reactors
Issue Date: 12-Aug-2011
Description: Umumnya pada masa kini air sisa kilang kelapa sawit (POME) dirawat dengan menggunakan teknologi kolam terbuka. Teknologi ini memiliki berapa kekurangan, antaranya adalah masa rawatan lebih dari 90 hari dan pembebasan gas metana dari kolam. Oleh itu, penyelidikan dijalankan untuk merekabentuk satu reaktor khas elektropengentalan (EK) berisipadu 20 liter, yang dapat digunakan sebagai rawatan air sisayang juga dapat menghasilkan gas hidrogen. Proses elektropengentalan dilakukan dengan sistem sesekumpul. Prinsip utama elektropengentalan adalah dengan memanfaatkan tenaga elektrik untuk melarutkan logam anod (M+) yang kemudiannya bertindak balas dengan ion hidroksida (OH-) dan membentuk bahan pengental. Bahan pengental ini menjerap bendasing untuk menjadi molekul berukuran lebih besar sehingga termendap didasar reaktor. Disamping itu, gas hidrogen dan gas oksigen yang terbentuk dalam proses ini akan membantu dalam proses pengapungan. Jenis elektrod yang digunakan adalah logam aluminium dan logam besi dengan ketulenan masing-masing diatas 93.7% dan 99.3%. Elektrolit yang digunakan adalah POME mentah, POME keluaran kolam anaerobik, air dan air asid. Didalam kajian ini parameter prestasi reaktor yang dikaji adalah nilai COD, nilai kekeruhan serta ketulenan gas hidrogen yang dihasilkan. Penyelidikan telah dilakukan dengan mengalirkan voltan berkuatan 2, 3 dan 4 volt dan masa tahanan sehingga 8 jam dengan pemantauan parameter dilakukan dengan kekerapan 1 jam. Hasil kajian mendapati, penurunan COD yang tertinggi adalah 57 dan 62.35%bagi masing-masing POME mentah dan POME keluaran kolam anaerobik. Penurunan kekeruhan maksimum adalah 62.5 dan 90.55% bagi masing-masing POME mentah dan POME keluaran kolam anaerobik. Kuasa yang diperlukan per kg COD tersingkir pada keadaan maksimum penurunan COD iaitu 0.6 kWh/kg COD bagi POME mentah dan 0.44 kWh/kg COD bagi POME keluaran kolam anaerobik. Manakala kuasa yang diperlukan per 1000 FTU (kF) kekeruhan tersingkir pada keadaan maksimum penurunan kekeruhan adalah 2.36 kWh/kF kekeruhan bagi POME mentah dan 1.15 kWh/kF kekeruhan bagi POME keluaran kolam anaerobik. Ketulenan gas hidrogen yang dihasilkan pada kadar maksimum dengan menggunakan POME mentah adalah 42.06% (v/v) dan POME keluaran anaerobik adalah 31.37% (v/v). Kajian susulan mendapati ketulenan maksimum gas hidrogen yang dihasilkan dengan menggunakan elektrolit air dan air asid adalah dibawah 5% (v/v). Isi padu kumulatif gas hidrogen maksimum selama masa penahanan 8 jam untuk POME mentah dan POME keluaran kolam anaerobik adalah masing-masing 5.14 L dan 3.94 L, sedangkan isi padu kumulatif yang dicapai air asid dan air 0.51 Ldan 0.43 L. Kecekapan tenaga yang dihasilkan POME sama ada POME mentah dan POME kolam anaerobik lebih kecil dibandingkan kecekapan tenaga air dan air asid. Kecekapantenaga yang diperolehi dari POME mentah dan POME keluaran kolam anaerobik adalah masing-masing 10.8dan 14.6%, iaitu lebih kecil dengan pencapaian air asid dan air iaitu 54.9 dan 49.2%. Berdasarkan hasil penyelidikan ini, elektropengentalan sesuai digunakan sebagai rawatan POME khasnya POME keluaran kolam anaerobik. Disamping itu, ianya juga dapat menghasilkan gas hidrogen yang boleh digunakan sebagai pembawa tenaga dalam proses EC tersebut.,Master/Sarjana
Pages: 135
Call Number: TP157.N375 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74573+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.