Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457571
Title: Pengoptimuman urutan nyahpasangan bagi komponen automotif akhir hayat menggunakan algoritma genetik
Authors: Go Tze Fong (P52446)
Supervisor: Dzuraidah Abd. Wahab, Profesor Madya Dr.
Keywords: Urutan nyahpasangan
Automotif
Algoritma genetik
Assembly-line methods -- Automation
Issue Date: 8-Aug-2011
Description: Pemuliharaan komponen automotif akhir hayat boleh dikategorikan sebagai penggunaan semula, pembuatan semula, kitar semula dan pelupusan. Penggunaan semula komponen merupakan strategi pemuliharaan produk masa kini yang semakin penting disebabkan faktor-faktor seperti kesannya terhadap alam sekitar, kemampuan untuk mengekalkan bentuk geometri dan prestasi produk. Nyahpasangan merupakan satu faktor penentu bagi penggunaan semula yang sangat penting kerana nyahpasangan dapat menanggalkan bahagian-bahagian atau subpemasangan yang dikehendaki. Pembaikan proses nyahpasangan sesuatu produk dapat dicapai pada dua tahap: pada tahap reka bentuk, membuat pilihan yang menyokong kesenangan nyahpasangan sistem pembinaan (Design for Disassembly) dan mengoptimumkan urutan nyahpasangan (Disassembly Sequence Planning). Penentuan urutan nyahpasangan optimum adalah penting untuk meningkatkan kebolehgunaan semula produk. Kajian ini membentangkan satu model pengoptimuman urutan nyahpasangan menggunakan pendekatan algoritma genetik (GA). GA dipilih kerana keupayaannya dalam menyelesaikan masalah pengoptimuman yang besar dan kompleks berbanding dengan kaedah heuristik lain. Fungsi objektif dalam kajian ini adalah bergantung kepada masa nyahpasangan, penalti perubahan arah nyahpasangan dan penalti perubahan kaedah nyahpasangan. Untuk tujuan kajian ini, perisian Matlab® digunakan untuk mengkaji urutan nyahpasangan optimum bagi sebuah blok enjin. Kaedah yang dicadang mengoptimumkan urutan nyahpasangan komponen dari 1 hingga 34 untuk mendapatkan satu himpunan yang diindeks 35 iaitu blok enjin. Kajian mendapati urutan nyahpasangan optimum tersebut mencapai masa nyahpasangan minimum dalam anggaran masa 3685.8 s. Keputusan ini menunjukkan bahawa kaedah ini dapat mencapai urutan nyahpasangan produk yang optimum. Penentusahan hasil dilakukan dengan menggunakan program kewujudan GA yang dikenali sebagai New Light Industries Generator. Masa nyahpasangan urutan nyahpasangan optimum yang dihasilkan daripada perisian ini mengambil masa lebih kurang 3684.8 s. Keputusan ini menunjukkan masa nyahpasangan yang lebih baik dicapai berbanding dengan perisian Matlab® namun New Light Industries Generator mempunyai beberapa kelemahan berbanding Matlab®. Perisian Matlab® lebih praktikal kerana memberikan urutan nyahpasangan optimum dalam masa yang singkat, mudah digunakan, memberi pertimbangan terhadap hubungan sekatan susunan nyahpasangan komponen dan halangan tambahan dalam struktur produk, dan mudah digunakan untuk masalah pelbagai objektif. Urutan nyahpasangan yang dihasilkan oleh Matlab® dicadangkan sebagai urutan nyahpasangan optimum yang mampu meningkatkan kebolehgunaan semula blok enjin.,Master/Sarjana
Pages: 127
Call Number: TS178.4.G647 2011 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74565+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.