Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457570
Title: Pembangunan sistem pengawasan haus mata alat atas talian menggunakan tolok terikan dalam proses larik
Authors: Muhammad Rizal (P49169)
Supervisor: Jaharah A. Ghani, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sistem pengawasan haus mata alat
Atas talian
Tolok terikan
Proses larik
Machinery -- Monitoring
Issue Date: 19-Aug-2011
Description: Pemantauan haus mata alat telah dikenalpasti memainkan peranan yang penting dalam industri pembuatan. Aplikasi sistem pemantauan dapat mengawal kualiti bahagian yang dimesin, mengurangkan masa pengeluaran dan menjimatkan kos yang disebabkan oleh pengurangan produk yang rosak. Pengukuran haus menggunakan mikroskop berskala merupakan kaedah konvensional yang memerlukan lebih masa untuk membuka dan memasang mata alat. Dewasa ini, pelbagai penderia dan kaedah telah dicadangkan untuk membangunkan sistem pemantauan haus mata alat. Dalam kajian ini, sistem pemantauan mata alat menggunakan penderia jenis tolok terikan yang ringkas dan kosnya yang rendah telah dibangunkan. Ujikaji pemesinan dijalankan menggunakan mesin larik CNC Colchester Master Tornado T4 dalam keadaan kering. Keluli karbon terkeras sederhana S45C dipilih sebagai bahan benda kerja dan karbida bersalut gred NC30P digunakan sebagai mata alat. Dua keping tolok terikan dicagak kepada pemegang mata alat untuk mengukur pemesongan akibat daya pemotongan (Fc) dan daya suapan (Ff). Isyarat daripada penderia digunakan sebagai input untuk menganggarkan lebar haus rusuk. Semasa operasi pemesinan dijalankan, dua jenis data diperolehi daripada ujikaji iaitu isyarat pemesongan dan haus rusuk. Isyarat dihantar kepada penyesuai isyarat Omega OM2-163, kemudian kepada pemeroleh data DT9836 dan akhir sekali kepada komputer untuk proses perakaman. Manakala, haus rusuk diukur menggunakan mikroskop berskala dan operasi pemesinan dihentikan apabila haus rusuk (VB) mencapai 0.3 mm. Pencerapan isyarat dan pengukuran haus rusuk dilakukan setiap larian dalam satu set ujikaji. Kedua-dua data tersebut menjadi pangkalan data yang digunakan untuk mengesan perkembangan haus mata alat semasa pemantauan atas talian dijalankan dalam operasi pemesinan. Berdasarkan kaedah Taguchi dengan tatasusun ortogon piawai L9, sembilan set ujikaji yang terdiri daripada tiga kombinasi halaju pemotongan (200 m/min, 250 m/min and 300 m/min), kedalaman pemotongan (0.8 mm, 1.2 mm and 1.6 mm) dan kadar suapan (0.15 mm/rev, 0.20 mm/rev and 0.25 mm/rev) dipilih untuk membangunkan pangkalan data. Korelasi isyarat mentah dan haus rusuk menunjukkan bahawa amplitud isyarat meningkat sekitar 18.6% hingga 49.3%, akibat penambahan daya pemotongan yang disebabkan oleh haus mata alat. Perubahan isyarat mempunyai ciri statistik yang boleh dianalisis menggunakan kaedah I-KazTM 2D. Darjah taburan data daripada dua keping tolok terikan ditunjukkan melalui pekali I-Kaz 2D, Z2. Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa korelasi antara pekali I-Kaz 2D dan haus rusuk membentuk lengkungan hukum kuasa Z2 = a(VB)n dengan nilai R2 antara 0.927 hingga 0.9681. Satu perisian mesra pengguna telah dibangunkan menggunakan Matlab GUI untuk mencerap isyarat daripada dua saluran penderia. Isyarat mentah boleh digunakan terus untuk menganggar dan meramal nilai haus rusuk berdasarkan persamaan VB = (Z2/a)1/n. Peratus ralat antara pengukuran dan ramalan haus rusuk adalah sekitar 7.44% hingga 26.60%. Ia menunjukkan bahawa korelasi ini boleh digunakan untuk meramal lebar haus rusuk semasa operasi pemesinan dijalankan secara atas talian. Kaedah ini adalah cekap serta kosnya yang rendah, sesuai digunakan di industri pemesinan sebenar untuk mengukur dan memantau keadaan sebenar haus mata alat.,Master/Sarjana
Pages: 138
Call Number: TJ153.M838 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74501+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.