Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457568
Title: Pembangunan rangka kerja bagi penaksiran kualitatif dan kuantitatif keselamatan inheren pada peringkat awal rekabentuk proses
Authors: Mardhati binti Zainal Abidin (P 49191)
Supervisor: Mohd Sobri Takriff, Prof Ir Dr
Keywords: Kangka kerja
Kualitatif dan kuantitatif
Keselamatan inheren
Industrial safety
Issue Date: 17-Jun-2011
Description: Penaksiran risiko secara konvensional dilakukan setelah rekabentuk terperinci sesuatu loji proses disempurnakan. Pada tahap tersebut kebanyakan pembolehubah rekabentuk telah dimuktamadkan. Keadaan sedemikian menyukarkan dan menghadkan usaha meningkatkan tahap keselamatan loji tersebut berdasarkan prinsip keselamatan inheren. Keselamatan inheren adalah merupakan satu konsep yang menekankan perubahan pada pendekatan rekabentuk dan teknologi asas untuk mengecilkan atau mengurangkan hazard proses. Peluang untuk mengimplementasikan prinsip keselamatan inheren semakin berkurangan dengan kemajuan tahap rekabentuk loji proses. Untuk mengatasi masalah ini, satu rangka kerja yang sistematik perlu dibangunkan agar proses rekabentuk dan penaksiran keselamatan dapat dilaksanakan secara beriringan. Objektif kajian ini ialah membangunkan rangka kerja bagi proses penaksiran risiko secara kualitatif dan kuantitatif pada peringkat awal proses rekabentuk dan seterusnya diintegrasikan dengan penyelakuan proses. Rangka kerja yang telah bangunkan telah diuji dengan dua kes kajian iaitu loji penghasilan dimetil eter dan loji penghasilan asetaldehida. Skop rangka kerja yang dibangunkan hanya terhad kepada potensi risiko kebakaran disesuatu loji pemprosesan. Perisian penyelaku proses tempatan iCON® dan Excel® telah digunakan dalam kajian ini. Penggunaan perisian iCON® sebagai penyelaku proses memudahkan proses penaksiran risiko kerana ia menyediakan kemudahan penghubung yang membolehkan pengguna menghubungkan lembaran Excel® dengan rajah alir proses disamping membenarkan pemindahan data secara dua hala di antara kedua-dua perisian bagi membolehkan satu prosedur kitaran penaksiran dilakukan. Penaksiran kualitatif dilaksanakan mengunakan kaedah matriks risiko dan kriteria penaksiran risiko yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Jabatan Alam Sekitar. Berdasarkan tahap risiko yang diperolehi, langkah-langkah kawalan yang perlu diambil bagi menguruskan hazard dapat dikenalpasti. Penaksiran keselamatan inheren secara kuantitatif pula dilaksanakan berdasarkan pendekatan analisis akibat yang melibatkan beberapa model utama seperti model punca, model kebakaran dan model akibat telah digunakan dalam pembinaan rangka kerja penaksiran kuantitatif keselamatan inheren. Analisis akibat memberikan anggaran risiko terhadap seseorang individu. Keputusan kajian yang telah dilakukan menunjukkan penggunaan konsep keselamatan inheren pada peringkat awal rekabentuk berjaya mengurangkan hazard dalam loji pemprosesan menggunakan rangka kerja yang telah dibangunkan. Secara keseluruhan, satu metodologi yang sistematik bagi mempertimbangkan pilihan konsep keselamatan inheren pada peringkat awal rekabentuk berjaya dibangunkan. Kajian ini membolehkan penaksiran risiko dilakukan seiring dengan rekabentuk proses bagi membolehkan penaksiran dan pemilihan laluan serta pembolehubah proses terbaik pada peringkat awal rekabentuk proses.,Master/Sarjana
Pages: 144
Call Number: T55.25.M346 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74385+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.