Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457567
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFatihah Suja’, Dr.-
dc.contributor.authorZaura binti Amir (P37245)-
dc.date.accessioned2023-09-12T09:11:05Z-
dc.date.available2023-09-12T09:11:05Z-
dc.date.issued2011-07-15-
dc.identifier.otherukmvital:74384-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457567-
dc.descriptionKajian ini membincangkan tentang kecekapan penuras biologi terudara (BAF) separuh padat untuk penyingkiran karbon dan nitrogen di dalam air sisa serta kesan nisbah karbon dan nitrogen ketika proses rawatan menggunakan media plastik tanpa sebarang proses basuh balik. BAF berketinggian 1.5 m dan berdiameter 15 cm direka dan hanya bahagian atas diisi dengan media plastik. Reaktor separuh padat tanpa proses basuh balik digunakan berikutan masalah kos melibatkan proses basuh balik bagi mengelak kesumbatan, kos pengudaraan, kos penyelenggaraan enapan dan kos media ketika bagi sebuah reaktor padat. Tiga nisbah karbon dan nitrogen (C:N) telah dibandingkan; 15, 10 dan 4 di mana bebanan karbon ditetapkan kepada 1.0±0.54 kgCOD m-3hari-1 dan bebanan nitrogen diaplikasikan mengikut nisbah. Kadar nisbah dikira berdasarkan nisbah Permintaan Oksigen Kimia (COD) kepada Jumlah Nitrogen Kjeldahl (TKN). Keputusan menunjukkan julat peratusan penyingkiran COD untuk ketiga-tiga nisbah i.e. 15, 10 dan 4 adalah tinggi masing-masing dengan 87.2±7.5%, 91.1±5.4% dan 96.6±6.9%. Bagi penyingkiran TKN, julat peratusan penyingkiran meningkat apabila nisbah mengurang masing-masing dengan 25.8±13.7%, 49.2±25.9% dan 62.8±5.3% bagi nisbah 15,10 dan 4. Peratusan penyingkiran nitrogen tidak begitu memuaskan berikutan proses nitrifikasi yang tidak lengkap dan dibuktikan menerusi kehadiran nitrat dan nitrit di dalam efluen. Kinetik pertumbuhan dan nitrifikasi ditentukan bagi mengkaji tahap keberkesanan sistem ini terhadap penyingkiran karbon dan nitrogen. Nilai parameter kinetik pertumbuhan yang diperolehi adalah Y=2.35 mgVSS mgCOD-1, Kd=0.61 hari-1, µm=0.91 hari-1 dan Ks=0.61 mgl-1. Manakala nilai parameter kinetik nitrifikasi yang diperolehi adalah Yn=0.42 mgVSSmgN-1, bn=0.046 hari-1, µm=1.1 hari-1 dan Kn=0.15 mgl-1. Walaupun proses basuh balik dimansuhkan, kesumbatan reaktor tidak berlaku sepanjang proses. Walau bagaimanapun, kepekatan enapan terampai (SS) di dalam efluen adalah sangat tinggi pada hari ke 46 dan 47 rawatan dan dengan mengeluarkan enapan di bahagian paling bawah reaktor sebanyak lebih kurang 4% daripada isipadu reaktor dapat menurunkan kepekatan SS efluen sebanyak 94%. Namun begitu, penjernihan sekunder masih diperlukan bagi menepati piawaian efluen yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Oleh itu, kajian yang lebih terperinci harus dilakukan untuk melengkapkan proses nitrifikasi dan mengurangkan enapan efluen di dalam proses penyingkiran karbon dan nitrogen di dalam air sisa secara serentak menggunakan BAF separuh padat tanpa proses basuh balik.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPenuras biologi terudara-
dc.subjectProses basuh-balik-
dc.subjectPelupusan-
dc.subjectKarbon dan nitrogen-
dc.subjectFilters and filtration-
dc.titleCiri-ciri perlakuan penuras biologi terudara tanpa proses basuh-balik bagi pelupusan serentak karbon dan nitrogen-
dc.typetheses-
dc.format.pages121-
dc.identifier.callnoTP156.F5.Z348 2011-
dc.identifier.barcode000160-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74384+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.