Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457565
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Othman Bin A. Karim, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Lee Hin Lee (P46825) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T09:11:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T09:11:04Z | - |
dc.date.issued | 2011-06-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74375 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457565 | - |
dc.description | Pelabuhan Pulau Pinang merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa. Kerja ukur yang dilakukan di lembangan Pelabuhan Pulau Pinang pada tahun 2008 mendapati bahawa lembangan ini telah didalamkan antara 1 m hingga 11 m jika dibandingkan dengan peta carta batimetri terbitan TLDM, MAL 554 (1999). Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perubahan hidrodinamik serta morfologi di sekitar kawasan kajian akibat pendalaman lembangan Pelabuhan Pulau Pinang yang terletak di utara Selat Pulau Pinang. Kajian ini akan menggunakan perisian komersial persamaan matematik dua dimensi, Mike 21 untuk menjalankan simulasi hidrodinamik. Analisis ini telah mengambil kira faktor-faktor kesan fizikal seperti perubahan kedalaman batimetri, bergabung dengan kuasa hidrodinamik semula jadi seperti perubahan aras pasang surut, angin janaan ombak, tekanan pembiasan dan parameter sedimen untuk senario tiga monsun iaitu Monsun Timur-laut, Monsun Barat-daya dan Monsun Perantaraan untuk menjalankan analisis simulasi hidrodinamik. Hasil kajian mendapati bahawa dengan pendalaman dasar laut di lembangan Pelabuhan Pulau Pinang secara purata 5 m hingga 7 m daripada kedalaman asal, akan menyebabkan pengurangan halaju maksimum pasangsurut antara 0.1 m/s hingga 0.3 m/s di kawasan lembangan tersebut, manakala kelajuan pasang surut maksimum di selatan Selat Pulau Pinang dan Bank Tengah dijangka mengalami penambahan halaju dalam lingkungan 0.05 m/s hingga 0.1 m/s. Tumpuan maksimum halaju akan beralih daripada lembangan Pelabuhan Pulau Pinang ke capaian selatan antara Georgetown dan Sg. Perai. Kesan pendalaman juga menunjukkan penurunan maksimum aras air laut sebanyak 10 mm di dalam lembangan ini. Manakala di Bank Tengah dan kawasan di capaian selatan selat menunjukkan peningkatan aras laut maksimum dalam lingkungan 10 mm hingga 40 mm. Kesan gabungan halaju arus, perubahan ketinggian aras laut dan hidrodinamik sedimen, model sedimen telah meramalkan penokokan akan berlaku di lembangan Pulau Pinang dengan kadar antara 3 m hingga 4 m setahun, manakala bahagian selatan selat akan mengalami hakisan dalam kadar 1.5 m hingga 2 m setahun. Tambahan pula, adalah dijangkakan dalam tempoh tiga tahun, Saluran Pelayaran Utara Pulau Pinang akan mengalami pengurangan isi padu sedimen dalam kadar 20%.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pemendapan | |
dc.subject | Selat Pulau Pinang | |
dc.subject | Pendalaman lembangan | |
dc.subject | Pelabuhan Pulau Pinang | |
dc.subject | Harbors -- Malaysia | |
dc.title | Penentuan kadar pemendapan di Selat Pulau Pinang akibat pendalaman lembangan Pelabuhan Pulau Pinang | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 136 | |
dc.identifier.callno | TC187.L436 2011 | |
dc.identifier.barcode | 000146 | |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74375+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.