Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457564
Title: Kajian keberkesanan penggunaan pengering semburan dalam penghasilan serbuk gelatin
Authors: Norhazwani binti Mohd Suhimi (P 49156)
Supervisor: Abdul Wahab Mohammad, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Pengering semburan
Serbuk gelatin
Spray drying
Issue Date: 3-Jun-2011
Description: Proses pengeringan adalah proses akhir dalam penghasilan gelatin. Kaedah tradisional yang diaplikasi dalam industri lebih rumit berbanding kaedah pengering sembur. Serbuk gelatin dapat diperolehi dengan proses pengering sembur, tetapi jarang digunakan kerana dikhuatiri kualiti gelatin yang terhasil akan terjejas disebabkan proses degradasi protein. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan pengering semburan dalam penghasilan serbuk gelatin dan untuk menentukan keadaan optimum penghasilan serbuk gelatin. Gelatin komersial jenis B (kekuatan gel 151-160) daripada tulang lembu dan dua alat pengering semburan skala pandu yang berbeza rekabentuk digunakan dalam kajian ini. Peringkat pertama, ujikaji dijalankan dengan menggunakan kaedah cuba jaya untuk mengenalpasti parameterparameter pengoperasian yang mempengaruhi penghasilan serbuk gelatin. Ujikaji dijalankan dengan memanipulasi parameter pengoperasian iaitu kepekatan suapan larutan gelatin (5% (w/v), 6% (w/v), 10% (w/v) dan 15% (w/v)), suhu masukan (90oC, 100oC, 120oC dan 150oC) dan kadar alir suapan (13.9 ml/min dan 17.77 ml/min). Daripada ujikaji yang dijalankan didapati kepekatan gelatin dan suhu masukan lebih memberi kesan kepada penghasilan gelatin di mana penghasilan serbuk gelatin tertinggi yang dihasilkan (32.22%) ialah pada kepekatan suapan 6% (w/v) dan suhu pengoperasian 120oC. Oleh itu, bagi peringkat kedua ujikaji, hanya 2 faktor ini yang dipertimbangkan untuk mendapatkan keadaan operasi pengering sembur yang optimum bagi mendapatkan penghasilan serbuk gelatin yang maksimum dengan menggunakan kaedah sambutan permukaan (RSM). Dua pembolehubah diambil kira iaitu kepekatan suapan larutan gelatin (6%(w/w) – 15%(w/w)) dan suhu masukan (150oC – 170oC). Manakala pembolehubah bersandar yang diambil kira ialah peratus penghasilan, kandungan lembapan dan kekuatan gel serbuk gelatin. Ujikaji menunjukkan perbezaan kepekatan larutan suapan dan suhu masukan memberi kesan kepada ketiga-tiga sambutan di mana faktor kepekatan larutan suapan didapati adalah faktor utama yang memberi kesan kepada peratus penghasilan serbuk gelatin. Semakin tinggi kepekatan suapan, semakin berkurang peratus penghasilan. Serbuk gelatin yang dihasilkan mempunyai kekuatan gel di antara 149–173 di mana ia tidak jauh berbeza dengan kekuatan gel gelatin komersial yang digunakan. Keadaan optimum yang diperolehi daripada analisis RSM ialah kepekatan suapan 9.23% (w/w) dan suhu masukan 170oC di mana penghasilan serbuk gelatin yang diperolehi ialah 22.15% dengan kandungan lembapan 3.81% dan kekuatan gel 168.5. Sisihan nilai daripada nilai ramalan ialah 0.09% bagi peratus penghasilan, 3.05% bagi kandungan lembapan dan 0.78%. Imej daripada mikroskop elektron imbasan (SEM) mempamerkan bahawa serbuk gelatin yang terhasil didapati dalam bentuk zarah-zarah halus dan berbentuk sfera. Didapati morfologi zarah pada keadaan optimum kebanyakannya berbentuk bulat dan hanya sedikit sahaja zarah yang mengecut dan pecah. Ini menunjukkan keadaan pengoperasian ini sesuai untuk proses pengeringan gelatin dengan pengering sembur. Saiz partikel zarah daripada imej SEM dianggarkan di antara 5µm–75µm.,Master/Sarjana
Pages: 134
Call Number: TP363.N646 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74368+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.