Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457413
Title: Pengurusan kos, pembelajaran organisasi, keusahawanan dan keutamaan strategi kompetitif bagi perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia
Authors: Azriyah Mohd Amir (P63544)
Supervisor: Sofiah Md Auzair, Prof. Madya Dr.
Keywords: Cost control
Business enterprises -- Malaysia
Business planning
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jan-2016
Description: Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara amalan pengurusan kos dan keutamaan strategi kompetitif di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Seterusnya, kajian ini turut meneliti peranan keupayaan organisasi iaitu pembelajaran organisasi dan keusahawanan, sebagai pengantara hubungan antara amalan pengurusan kos dan keutamaan strategi kompetitif PKS. Keutamaan strategi kompetitif ini merujuk kepada keupayaan berdaya saing PKS dalam memenuhi keperluan pelanggan dan kecekapan pengurusan kos. Penyediaan kajian ini adalah menjurus kepada permasalahan kelangsungan PKS di Malaysia untuk kekal relevan di pasaran. Isu kelangsungan ini adalah penting kerana PKS merupakan sumber pembangunan ekonomi negara. Kerangka kerja teoritikal kajian yang didasari oleh teori berasaskan sumber meramalkan sumber dan keupayaan organisasi (iaitu amalan pengurusan kos, pembelajaran organisasi dan keusahawanan) dapat menjana keutamaan strategi kompetitif PKS. Soal selidik diedarkan kepada pemilik atau pengurusan kanan PKS di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis faktor dan regresi dengan program mikro PROCESS untuk menguji hipotesis kajian. Selari dengan penemuan kajian lepas, amalan pengurusan kos berhubungan secara positif dengan keutamaan strategi kompetitif PKS. Analisis selanjutnya menunjukkan bahawa keusahawanan merupakan pengantara hubungan amalan pengurusan kos dan keutamaan strategi kompetitif PKS. Kajian ini menunjukkan bukti kepentingan peranan amalan pengurusan kos terhadap keutamaan strategi kompetitif PKS. Penemuan kajian ini dapat digunakan oleh penguatkuasa, pembuat dasar dan pemilik PKS dalam membangunkan sumber-sumber yang dapat meningkatkan keutamaan strategi kompetitif PKS.,Sarjana Perakaunan
Pages: 178
Call Number: HD47.3.A997 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80592+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
203.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.