Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457412
Title: | Elemen-elemen kawalan sistem pengukuran prestasi kontemporari, komitmen matlamat dan prestasi pengurus |
Authors: | Nur Asiah Abd Rashid (P63558) |
Supervisor: | Rozita Amiruddin, Dr. |
Keywords: | Penilaian prestasi Sistem kawalan pengurusan Model sibernetik Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Feb-2016 |
Description: | Sejajar dengan perkembangan persekitaran masa kini, sistem pengukuran prestasi kontemporari (SPPK) merupakan mekanisma penting dalam proses penilaian prestasi. Sebagai sebahagian daripada sistem kawalan pengurusan (SKP), SPPK yang berasaskan sibernetik digunakan untuk menilai prestasi pengurus. Berasaskan model sibernetik, SPPK terdiri daripada petunjuk prestasi bersepadu (matlamat), maklum balas yang berbentuk dua hala (interaktif) yang membantu dalam proses pembelajaran dan penambahbaikan serta ganjaran yang merupakan mekanisma pendorong untuk memotivasikan proses pembelajaran dan penambahbaikan prestasi. Pakej kawalan ini selaras dengan teori penetapan matlamat dimana penetapan matlamat melalui ukuran prestasi integrasi sebagai satu medium disertakan dengan ganjaran berasaskan prestasi dan maklumat interaktif dapat meningkatkan motivasi dikalangan pengurus, seterusnya meningkatkan prestasi mereka. Model sibernatik menekankan kepentingan elemen kawalan dalam memperkukuhkan lagi keberkesanan sistem penilaian prestasi yang bukan sahaja mampu menilai pencapaian pengurus/pekerja secara menyeluruh malah mampu memberi faedah terutama kepada meningkatkan prestasi pengurus/pekerja yang lebih baik. Namun, pendekatan kajian yang melihat SPPK sebagai satu pakej kawalan masih kurang mendapat perhatian terutama daripada pendekatan individu atau pengurus yang merupakan penggerak kejayaan sesebuah organisasi. Seiringan dengan penggunaan teori penetapan matlamat, matlamat komitment diperkenalkan sebagai pembolehubah perantaraan untuk memberi gambaran lebih jelas tentang pengaruh elemen kawalan keatas prestasi pengurus menggunakan SPPK dalam penilaian prestasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungkait antara elemen kawalan SPPK (petunjuk prestasi bersepadu, ganjaran berasaskan prestasi dan maklumbalas interaktif), matlamat komitmen dan prestasi pengurus unit perniagaan tunggal (SBU). Data dikutip ke atas 117 pengurus SBU daripada organisasi tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah permodelan persamaan struktur (SEM) mengunakan partial least square (PLS) digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati penggunaan sistem kawalan; petunjuk prestasi bersepadu, maklum balas interaktif dan ganjaran berasaskan prestasi memilik laluan signifikan terhadap prestasi pengurus. Oleh itu, penggunaan kawalan perlulah melibatkan gabungan antara maklumbalas dan ganjaran secara serentak supaya ianya lebih berkesan. Namun, perantaraan matlamat komitmen tidak menyumbangkan sebarang kesan pengukuhan ke atas keberkesanan SPPK yang digunakan bagi tujuan penilaian prestasi dikalangan pengurus SBU di Malaysia. Implikasi daripada ketidakjelasan penggunaan elemen kawalan SPPK menyebabkan pencapaian prestasi dikalangan pengurus tidak dapat dicapai secara optimum dan seterusnya merugikan sumber manusia yang dimiliki. Ini menambahkan lagi kewajaran penelitian dan pelaksanaan yang serius dan tepat dalam aspek kawalan melalui sistem penilaian prestasi pengurus.,Sarjana Perakaunan |
Pages: | 146 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80591+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 259.59 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.