Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457324
Title: | Pelaksanaan inkubator keusahawanan sosial untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan insaniah pelajar perakaunan : kajian kes Politeknik Merlimau Melaka |
Authors: | Rusmaini Ramly (P61288) |
Supervisor: | Aini Aman, Prof. Dr. |
Keywords: | Perakaunan -- Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran teknikal Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Feb-2021 |
Description: | Isu peningkatan kadar pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia sering dikaitkan dengan kemahiran graduan yang tidak memenuhi kehendak majikan dalam pasaran pekerjaan. Graduan perakaunan dikritik kerana tidak cekap di tempat kerja dan kekurangan kemahiran yang diinginkan oleh majikan. Oleh itu, pendidikan perakaunan perlu seiring dengan perubahan dalam sektor perniagaan dan permintaan masyarakat pada masa kini. Proses pembelajaran perakaunan tidak hanya memberi tumpuan kepada aspek teknikal perakaunan semata-mata, tetapi pelajar perlu didedahkan dengan kepelbagaian kemahiran untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bukan sahaja perlu melengkapkan pelajar dengan kemahiran terkini untuk menghadapi cabaran teknologi dalam bidang perakaunan, tetapi juga dalam masa yang sama perlu memastikan kemahiran pelajar memenuhi kehendak majikan untuk diambil bekerja dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan. Oleh itu, terdapat keperluan kepada program pembangunan kemahiran tertentu untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan perakaunan. Kemahiran tersebut boleh dibina melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan sosial semasa dalam pengajian. Dalam kajian ini, sebuah IPT di Malaysia iaitu Politeknik Merlimau, Melaka telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah inkubator keusahawanan sosial yang memberi peluang kepada pelajar sebagai perunding muda perakaunan mengaplikasikan pengetahuan teori dalam perakaunan kepada praktikal sebenar. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk memahami pelaksanaan inkubator keusahawanan sosial yang dijadikan kajian kes dalam meningkatkan kemahiran teknikal dan insaniah pelajar perakaunan. Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Kes Interpretif untuk memahami dengan lebih mendalam pelaksanaan inkubator keusahawanan sosial tersebut. Kutipan data dilaksanakan dengan menemubual pelajar dan pegawai yang terlibat secara langsung dalam operasi dan pengurusan inkubator. Dapatan kajian menunjukkan terdapat EMPAT (4) Kemahiran Teknikal dan TUJUH (7) Kemahiran Insaniah berjaya ditingkatkan melalui penglibatan pelajar dalam inkubator keusahawanan sosial. Kajian ini dapat menambah pengetahuan baru dalam pendidikan perakaunan di Malaysia iaitu inkubator keusahawanan sosial sebagai aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman yang dapat meningkatkan kemahiran teknikal dan insaniah pelajar perakaunan yang tidak dikaji sebelum ini.,Sarjana Perakaunan |
Pages: | 148 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126870+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 975.3 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.