Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457323
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Fairuz Md Salleh, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Roslan Ismail (GP02499)
dc.date.accessioned2023-09-12T02:23:46Z-
dc.date.available2023-09-12T02:23:46Z-
dc.date.issued2021-10-25
dc.identifier.otherukmvital:125783
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457323-
dc.descriptionPengurusan perolehan kerajaan berkepentingan untuk memastikan keberkesanan dalam menjalankan pengurusan perbelanjaan bagi peruntukan mengurus dan pembangunan untuk menyediakan keperluan bekalan, perkhidmatan dan kerja yang berkualiti kepada agensi Kerajaan melalui persaingan yang terbuka dan adil. Sehubungan dengan itu, agensi Kerajaan hendaklah memastikan pematuhan sepenuhnya peraturan dan tatacara yang ditetapkan dengan memastikan semua urusan berkaitan perolehan kerajaan dijalankan berdasarkan amalan tadbir urus yang baik. Kajian terdahulu membuktikan pengujian terhadap kelemahan kawalan dalaman melalui komponen kawalan dalaman yang telah ditetapkan oleh Model COSO (Committee of Sponsoring Organizations of the Treadway Commission) dalam membangunkan garis panduan bagi membantu Kerajaan Persekutuan merancang kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan yang berkesan. Walaubagaimanapun, hanya pematuhan terhadap komponen bagi persekitaran kawalan, penilaian risiko, aktiviti kawalan, maklumat dan komunikasi serta aktiviti pemantauan yang dikenalpasti. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti fraud di sepanjang alir kerja pengurusan perolehan kerajaan dan ketidakpatuhan standard kualiti kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan boleh menyebabkan berlakunya fraud berdasarkan Model COSO. Seterusnya, mengenalpasti faktor-faktor lain yang menyebabkan ketidakpatuhan standard kualiti kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan tersebut sehingga berlakunya fraud. Dalam menentukan risiko berlakunya fraud dan tahap pematuhan standard kualiti kawalan dalaman tersebut, kaedah menganalisis dokumentasi, temubual dan pemerhatian telah dilaksanakan. Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2014 hingga 2016 telah dianalisis manakala, sebanyak sembilan (9) pegawai kerajaan yang terlibat dengan pengurusan perolehan kerajaan di Malaysia telah ditemubual dan diperhatikan secara harian. Kajian mendapati fraud sering berlaku di Zon B (penilaian) dan Zon C (pengesahan) dalam pengurusan perolehan kerajaan secara sebut harga dan tender yang majoritinya terdiri daripada pegawai kerajaan di Gred 41 dan ke atas. Berdasarkan kajian ini juga menunjukkan terdapat pematuhan yang baik terhadap tiga (3) daripada lima (5) komponen stardard kualiti kawalan dalaman tersebut kecuali maklumat dan komunikasi serta aktiviti pemantauan. Selain itu, faktor-faktor lain yang menyebabkan ketidakpatuhan standard kualiti kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan juga telah dikenalpasti merangkumi campurtangan kuasa politik, dasar-dasar kerajaan dan penguatkuasaan pekeliling-pekeliling khas. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas baharu kepada Kerajaan Persekutuan dalam memastikan keberkesanan tadbir urus kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan seterusnya, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cemerlang.,Sarjana Perakaunan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengurusan perolehan
dc.subjectFraud
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKetidakpatuhan standard kualiti kawalan dalaman dalam pengurusan perolehan kerajaan : faktor penyebab berlakunya Fraud
dc.typetheses
dc.format.pages124
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125783+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.