Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457321
Title: Persepsi pelanggan terhadap hubungan antara ciri kualiti audit dan jenama firma audit
Authors: Nurul Nasyuha Hashim (P97272)
Supervisor: Mohd Mohid Rahmat, Dr.
Keywords: Firma audit
Kualiti audit
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Jan-2021
Description: Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara dua atribut kualiti audit iaitu kecekapan dan kebebasan (firma audit dan pasukan audit) dan jenama firma audit. Kajian ini juga bertujuan untuk membuktikan sama ada kedua-dua atribut kecekapan dan kebebasan mempunyai hubungan terhadap jenama firma audit khususnya firma audit Big 4.Kajian ini didorong oleh dakwaan DeAngelo (1981) bahawa firma audit Big 4menyediakan perkhidmatan audit yang berkualiti berbanding firma audit bukan Big 4. Namun, kebanyakan skandal kewangan syarikat besar di seluruh dunia semenjak daripada kes Enron hingga hari ini melibatkan firma audit Big 4. Penglibatan firma audit Big 4 ini membangkitkan persoalan tentang kualiti audit yang sebenarnya diberikan oleh firma audit, khususnya firma audit yang berpaksikan jenama mereka sebagai Big 4. Data kajian diperolehi menerusi soal selidik yang dihantar kepada syarikat tersenarai dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia. Sebanyak 74 soal selidik yang telah dikembalikan dianalisis menggunakan kaedah regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan atribut kecekapan firma audit dan kebebasan pasukan audit mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap jenama firma. Manakala kebebasan firma audit dan kecekapan pasukan audit didapati tidak mempunyai hubungan dengan jenama firma. Dapatan ini menunjukkan klien (syarikat yang diaudit) bertanggapan bahawa kecekapan atas nama firma audit dan tahap kebebasan pasukan juruaudit merupakan atribut utama kualiti audit yang menjadi penentu kepada jenama firma. Hasil analisis tambahan menunjukkan bahawa tanggapan klien adalah sama, tiada perbezaan yang signifikan samada ianya dilaksanakan oleh firma audit Big 4 atau bukan Big 4. Memandangkan semua syarikat dalam sampel kajian adalah wajib diaudit, dapatan kajian ini menyumbang dalam memahami tanggapan klien terhadap kualiti audit samada firma audit atau pasukan audit mempunyai kaitan terhadap jenama mereka, khususnya firma audit Big 4. Penemuan ini menjelaskan tanggapan klien bahawa mereka tidak membezakan hubungan antara kecekapan firma audit dan kebebasan pasukan audit bagi firma bersaiz medium (bukan Big 4) atau firma audit Big 4. Tanggapan klien ini sedikit sebanyak mungkin dipengaruhi oleh senario penglibatan firma audit Big 4 dalam kebanyakan skandal perakaunan yang telah didedahkan. Pembuat dasar sewajarnya mengambilkira penemuan ini dalam menentukan sebarang bentuk polisi dan peraturan terhadap pengamal profesion pengauditan, khususnya di negara membangun seperti Malaysia.,Sarjana Perdagangan
Pages: 139
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124041+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.