Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457319
Title: | Jawatankuasa audit yang berkesan dan pengurusan perolehan di syarikat milikan kerajaan |
Authors: | Nahzatush Simaa Jantan (GP02027) |
Supervisor: | Mohd Mohid Rahmat, Dr. |
Keywords: | Pengurusan perolehan Audit Syarikat milikan kerajaan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Jul-2021 |
Description: | Amalan tadbir urus korporat yang baik adalah asas untuk meningkatkan kualiti pelaporan syarikat. Kajian ini mengkaji kesan jawatankuasa audit (JKA) yang berkesan terhadap kualiti perolehan syarikat milikan kerajaan yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kajian terdahulu telah membangkitkan isu bahawa aktiviti pengurusan perolehan masih dilakukan oleh pihak pengurusan syarikat milikan kerajaan meskipun beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikan, JKA berkesan dianggap penting bagi menangani aktiviti pengurusan perolehan memandangkan JKA bertanggungjawab untuk memantau proses pelaporan kewangan syarikat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji impak JKA berkesan di syarikat milikan kerajaan ke atas aktiviti pengurusan perolehan. Kajian ini juga mengkaji hubungan dua ciri-ciri tambahan JKA iaitu keahlian wanita dan tempoh khidmat terhadap pengurusan perolehan dan juga impak keberkesanan JKA berkesan ke atas pengurusan perolehan setelah mengambil kira ciri-ciri tambahan JKA dalam JKA berkesan. JKA berkesan diukur dengan menggunakan indeks yang diperkenalkan oleh DeZoort et al. (2002). Sebanyak 35 buah syarikat milikan kerajaan yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2008 sehingga 2017 dengan jumlah pemerhatian sebanyak 329 syarikat telah dianalisa menggunakan analisis data panel. Hasil kajian menunjukkan bahawa JKA berkesan dapat meminimumkan aktiviti pengurusan perolehan di syarikat milikan kerajaan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa ahli JKA wanita dan tempoh JKA adalah tidak signifikan dengan pengurusan perolehan manakala, penambahan ciri-ciri JKA wanita dalam pengukuran indeks didapati telah mengurangkan keberkesanan JKA berkesan. Secara keseluruhan, penemuan kajian menunjukkan bahawa JKA dapat memantau peluang aktiviti pengurusan perolehan oleh pihak pengurusan di syarikat milikan kerajaan. Namun, bukti juga menunjukkan bahawa JKA wanita tidak memainkan peranan secara efektif dalam meminimumkan aktiviti pengurusan perolehan. Penemuan ini tidak konsisten dengan bukti kajian terdahulu yang membuktikan peranan JKA wanita yang signifikan di syarikat bukan milikan kerajaan. Dapatan kajian ini mungkin akan merumitkan dasar baharu kerajaan yang menggalakkan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam pengurusan tertinggi. Kerajaan dan badan pengawal selia harus mempertimbangkan semula berkenaan kesan kawalan kerajaan ke atas fungsi JKA dalam memantau proses pembuatan keputusan dalam syarikat milikan kerajaan.,Sarjana Perakaunan |
Pages: | 153 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Jawatankuasa audit yang berkesan dan pengurusan perolehan di syarikat milikan kerajaan Restricted Access | Fulltext | 86.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.