Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457314
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Mohid Rahmat, Dr.
dc.contributor.authorNur Hidayah Waad (P97270)
dc.date.accessioned2023-09-12T02:23:42Z-
dc.date.available2023-09-12T02:23:42Z-
dc.date.issued2020-08-18
dc.identifier.otherukmvital:121031
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457314-
dc.descriptionSkandal perakaunan dunia yang membabitkan urusniga pihak berkaitan (UPB) membuktikan bahawa urusniaga tersebut berpotensi untuk disalahgunakan. Oleh itu usaha membendung penyalahgunaan UPB menjadi agenda utama dalam pembaharuan tadbir urus korporat. Juruaudit yang berkualiti merupakan mekanisme tadbir urus korporat yang bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti perniagaan, termasuk UPB adalah bebas daripada sebarang salah nyata yang material dan didedahkan dengan sewajarnya dalam laporan kewangan. Pengkhususan industri dan tempoh pelantikan semula juruaudit dikatakan dapat mempengaruhi kualiti juruaudit dan seterusnya dapat meningkatkan kesediaan syarikat untuk mendedahkan UPB dengan sewajarnya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pengkhususan industri dan tempoh pelantikan semula juruaudit terhadap magnitud pendedahan UPB dalam kalangan syarikat tersenarai di Malaysia. Sejumlah 646 buah syarikat tersenarai di Malaysia yang melibatkan sebanyak 3,230 pemerhatian dari tahun 2014 hingga 2018 digunakan untuk menguji hipotesis kajian ini. Data UPB dikumpulkan menggunakan kaedah analisis kandungan. Berdasarkan ujian regresi, hasil kajian mendapati pengkhususan industri firma audit dan tempoh pelantikan semula juruaudit berhubungan secara positif dengan pendedahan UPB. Kajian ini juga mendapati tempoh pelantikan semula juruaudit memainkan peranan pemoderat dalam hubungan antara pengkhususan industri firma audit dan pendedahan UPB. Kajian ini menyumbang kepada peningkatan pemahaman mengenai hubungan antara pengkhususan industri dan tempoh pelantikan semula juruaudit terhadap pendedahan UPB. Bukti empirikal ini menunjukkan juruaudit berkualiti yang terhasil daripada kepakaran dalam industri pelanggan dan pengulangan mengaudit syarikat yang sama dapat mendisiplinkan pihak berkaitan daripada penyalahgunaan UPB. Secara tidak langsung, syarikat yang berpengetahuan dan mementingkan kualiti menjadi selektif dalam pemilihan juruaudit. Tambahan pula, hasil ini boleh menjadi input bagi pembuat dasar dan pengawal selia dalam meningkatkan piawaian pendedahan UPB sedia ada sebagai langkah utama bagi memastikan pendedahan UPB dibuat sewajarnya mengikut keperluan pendedahan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectUrusniaga pihak berkaitan
dc.subjectPengkhususan industri
dc.subjectTempoh pelantikan semula juruaudit
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengkhususan industri dan pendedahan urusniaga pihak berkaitan: peranan pemoderat tempoh pelantikan semula juruaudit
dc.typetheses
dc.format.pages124
dc.identifier.barcode004795(2020)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121031+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
807.61 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.