Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457313
Title: Hubungan tahap keyakinan pembayar cukai dengan pematuhan sukarela
Authors: Norhaslinda Bukhari (P40895)
Supervisor: Norsiah Ahmad, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic -- Malaysia
Income tax
Tax administration and procedure
Taxpayer compliance
Taxation
Issue Date: 23-Jun-2010
Description: Pematuhan sukarela telah menjadi isu penting dalam sistem percukaian di Malaysia terutamanya apabila Sistem Taksir Sendiri mula dilaksanakan. Pematuhan sukarela ini amat memerlukan hubungan kerjasama yang erat di antara pihak pentadbir dan pembayar cukai. Salah satu objektif utama pentadbir cukai adalah untuk mendapatkan pematuhan secara sukarela daripada pembayar cukai memandangkan tindakan penguatkuasaan yang diambil bagi pemantauan dan pengawasan untuk menggalakkan pematuhan melibatkan kos yang tinggi. Berdasarkan kajian lalu didapati tahap keyakinan terhadap sistem percukaian mempengaruhi pematuhan. Sehubungan itu, hipotesis kajian adalah untuk menguji hubungan tahap keyakinan pembayar cukai dengan pematuhan sukarela berdasarkan kerangka kerja 'Slippery Slope'. Dimensi yang membentuk keyakinan dalam kajian ini ialah pengetahuan subjektif cukai, sikap terhadap cukai, norma sosial dan tanggapan kecekapan pentadbir cukai. Kajian ini cuba melihat tahap keyakinan pembayar cukai mengikut dimensi dan menguji hubungan di antara keyakinan pembayar cukai dengan pematuhan sukarela. Kaedah survei dilakukan ke atas sampel pembayar cukai individu di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Keputusan menunjukkan walaupun tahap keyakinan adalah sederhana di kalangan responden tetapi kajian membuktikan bahawa ia mampu meningkatkan pematuhan sukarela. Hasil kajian mendapati terdapat dua dimensi keyakinan yang mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan pematuhan sukarela iaitu dimensi norma sosial dan tanggapan terhadap kecekapan pentadbir cukai. Dimensi keyakinan bagi pengetahuan subjektif cukai dan sikap terhadap cukai tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pematuhan sukarela. Kajian ini telah memberi gambaran kepada pihak pentadbir cukai tentang tahap keyakinan pembayar cukai terhadap sistem percukaian dan peranannya kepada peningkatan pematuhan sukarela di Malaysia.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 106
Call Number: HJ4629.N645 2010 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120889+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.