Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457310
Title: | Kesan gaya kepimpinan ke atas prestasi: peranan penggunaan maklumat sistem perakaunan pengurusan sebagai penengah |
Authors: | Hazman Mat (ZP00336) |
Supervisor: | Sofiah Auzair, Dr. |
Keywords: | Kepimpinan Perakaunan Managerial accounting -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Jun-2012 |
Description: | Di sebalik pencarian global kepimpinan akademik terbaik untuk menyokong agenda innovasi, tidak banyak yang dilakukan untuk memahami kepimpinan institusi pengajian tinggi Malaysia. Kajian lepas menunjukkan perbezaan gaya kepimpinan mempengaruhi arah tuju strategik organisasi secara langsung atau tidak langsung melalui sistem maklumat perakaunan. Sebagai satu inisiatif, kajian ini dijalankan untuk melihat peranan penggunaan maklumat sistem perakaunan pengurusan (MAS) ke atas hubungan gaya kepimpinan dan prestasi Kolej Komuniti dan Politeknik (PKK). Secara khususnya, MAS dilihat dari sudut maklumat berskop luas dan maklumat berintegrasi, manakala gaya kepimpinan dilihat dari sudut kepimpinan berstruktur dan kepimpinan bentuk pertimbangan. Kajian menjangkakan gaya kepimpinan mempengaruhi prestasi secara langsung dan tidak langsung melalui penggunaan maklumat MAS sebagai penengah. Data dikutip melalui soalselidik secara pos kepada pengarah 88 buah PKK. Hasil dari model yang diuji menggunakan regresi Partial Least Square menunjukkan MAS berskop luas berperanan sebagai penengah ke atas hubungan antara gaya kepimpinan berstruktur dan prestasi PKK. Manakala gaya kepimpinan pertimbangan mempunyai hubungan langsung ke atas prestasi PKK. Daripada sudut teoritikal, kajian ini memperkembangkan karya perakaunan pengurusan dalam organisasi pendidikan tinggi yang jarang mendapat perhatian.Secara praktis, kajian memberi implikasi kepada pengurusan atasan organisasi pendidikan tinggi tentang peranan sistem maklumat yang bersesuaian dengan bentuk kepimpinan dalam meningkat prestasi organisasi.Ini secara tidak langsung menyumbang kepada hasrat kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia kesepuluh untuk mewujudkan kepimpinan institusi pengajian tinggi yang bertaraf dunia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 124 |
Call Number: | HF5657.4.H384 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119451+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 887.54 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.