Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457308
Title: | Faktor-faktor kontingen praktis pembelanjawan bagi perusahaan kecil dan sederhana perkilangan di Malaysia |
Authors: | Kamar Musa (ZP00037) |
Supervisor: | Rozita Amirudin, Dr. |
Keywords: | Pengurusan perniagaan Pembelanjawan Budget in business |
Issue Date: | 2-May-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor kontingen yang mempengaruhi praktis pembelanjawan di peringkat keputusan penerimaan dan penggunaan belanjawan di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perkilangan di Malaysia. Kajian ini juga melihat kesan padanan serentak antara faktor -faktor kontingen dan penggunaan belanjawan serta kesannya kepada prestasi PKS perkilangan. Data kajian dikutip melalui 84 buah syarikat PKS perkilangan menggunakan soal selidik secara mel. Regresi logit digunakan untuk menganalisis hubungan saiz organisasi, struktur organisasi dan ilmu dan kemahiran pengekosan ke atas keputusan sama ada menerima atau menolak belanjawan. Daripada keseluruhan 84 buah syarikat, hanya 55 buah syarikat menggunakan belanjawan. Regresi ordinary least square digunakan untuk menganalisis hubungan ketidakpastian persekitaran, struktur organisasi, strategi perniagaan dan ilmu dan kemahiran pengekosan ke atas penggunaan belanjawan di kalangan 55 buah syarikat tersebut. Seterusnya pendekatan konfigurasi padanan digunakan untuk mengukur padanan secara menyeluruh antara faktor-faktor kontingen dan penggunaan belanjawan dan kesannya kepada prestasi PKS perkilangan. Hasil kajian mendapati faktor-faktor yang dikenal pasti di bawah pendekatan kontingensi adalah berguna untuk meramalkan praktis pembelanjawan PKS perkilangan. Secara spesifik, struktur perniagaan iaitu berstruktur desentralisasi mempengaruhi penerimaan belanjawan, manakala ilmu dan kemahiran pengekosan mempengaruhi penggunaan belanjawan. Saiz kecil PKS seperti majoriti ditunjukkan dalam kajian telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada pengaruh faktor-faktor kontingen ke atas amalan pembelanjawan PKS perkilangan. Hubungan padanan serentak antara faktor-faktor kontingen dan penggunaan belanjawan ke atas prestasi PKS perkilangan bagaimanapun tidak dapat dibuktikan. Ini menunjukkan pengaruh faktor-faktor kontingen secara menyeluruh ke atas penggunaan belanjawan tidak memberi kesan signifikan ke atas prestasi PKS perkilangan. Penggunaan belanjawan yang sederhana di kalangan PKS perkilangan menyebabkan analisa di peringkat penggunaan belanjawan secara implisitnya juga tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kontingen seterusnya mengakibatkan kesan interaksi serentak antara mereka tidak memberi kesan kepada prestasi organisasi. Analisis padanan individu faktor kontingen dan penggunaan belanjawan menambahkan maklumat empirikal di mana strategi perniagaan iaitu strategi pembezaan dan ilmu dan kemahiran pengekosan apabila dipadankan dengan penggunaan pembelanjawan dapat meningkatkan prestasi PKS perkilangan di Malaysia. Selain menampung kekurangan literatur berkaitan dengan amalan pembelanjawan di industri PKS, kajian ini dapat menyumbang kepada pihak pengurusan dengan menyediakan garis panduan dalam merangka operasi yang lebih efektif. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak kerajaan dalam penetapan polisi dengan menyediakan input terutama dalam aspek pengurusan perniagaan dan latihan perakaunan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 181 |
Call Number: | HD2346.M4K345 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119447+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 808.34 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.