Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457306
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Zaher bin Mohd Zain, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Allias Alwi (ZP00077) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-12T02:23:40Z | - |
dc.date.available | 2023-09-12T02:23:40Z | - |
dc.date.issued | 2012-05-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119047 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457306 | - |
dc.description | Pembentukan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai hub dalam membangunkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada tahun 1996 telah mentransformasikan sistem kewangan Kerajaan daripada manual kepada aktiviti dan prosedur berasaskan Sistem Maklumat Berkomputer (SMB). Kajian ini dilaksanakan bagi memahami dan menerangkan faktor keberkesanan pengauditan yang diambilkira oleh juruaudit dalam melaksanakan pengauditan SMB bagi sektor Kerajaan Persekutuan. Kajian ini dipilih memandangkan sorotan karya lepas kurang membincangkan mengenai pembuatan keputusan juruaudit, pelaksanaan pengauditan SMB dan faktor keberkesanan pengauditan. Juruaudit perlu mempunyai pengetahuan dan kompetensi yang mencukupi bagi membolehkannya mengeluarkan pendapat mengenai tahap kecekapan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman SMB yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Faktor keberkesanan pengauditan yang dikenalpasti dari sorotan karya yang lepas dikategorikan kepada keupayaan individu dan pengurusan kumpulan serta tahap kerutinan kerja. Kajian ini juga akan melihat kaitan pemilihan jenis kepimpinan, tugasan kerja oleh juruaudit dan tahap kerutinan kerja audit. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif melalui kaedah fenomenologi. Sesi temubual secara mendalam dan separa berstruktur dilaksanakan bagi mengumpul maklumat daripada informan dan seterusnya merumuskan faktor keberkesanaan pengauditan secara praktis. Penemuan kajian ini menunjukkan faktor keberkesanan pengauditan yang dikaji oleh sorotan karya yang lepas mempunyai kaitan dengan pelaksanaan pengauditan prestasi SMB. Bagaimanapun, kajian ini mendapati faktor pengurusan kumpulan lebih diberi keutamaan berbanding faktor keupayaan individu. Selain itu, komitmen setiap ahli adalah faktor amat penting manakala faktor kelayakan ahli pula kurang diberikan penekanan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa juruaudit memilih melaksanakan pengaudian SMB apabila tahap kerutinan kerja adalah tinggi dan begitu juga sebaliknya. Justeru, pendekatan 'autokratik' oleh pihak pengurusan atasan adalah pendekatan terbaik bagi memastikan juruaudit melaksanakan pengauditan SMB. Pendekatan ini telah menyebabkan juruaudit dan ahli kumpulan perlu memberi komitmen dan kemahiran interpersonal yang tinggi bagi menghadapi 'tekanan dan risiko' dalam menjayakan pengauditan yang dilaksanakan. Kepimpinan secara 'kerja kumpulan' digunakan oleh juruaudit untuk mendapatkan 'bantuan, sokongan dan simpat' ahli kumpulan untuk memastikan kejayaan pengauditan. Tugasan secara 'berturutan' pula dipilih bagi meningkatkan 'keyakinan' juruaudit bagi menampung kekurangan kemahiran diri dan ahli kumpulan berkaitan persekitaran SMB organisasi yang diaudit.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Auditing-Data processing | - |
dc.title | Faktor keberkesanan pengauditan dan kaitannya terhadap pelaksanaan pengauditan Sistem Maklumat Berkomputer (SMB) oleh juruaudit Kerajaan Persekutuan | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 159 | - |
dc.identifier.callno | HF5667.12.A445 2012 | - |
dc.identifier.barcode | 002612 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119047+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 957.56 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.