Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457305
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAini Aman, Profesor Madya Dr.
dc.contributor.authorRosma Nadianti Risman (ZP00459)
dc.date.accessioned2023-09-12T02:23:40Z-
dc.date.available2023-09-12T02:23:40Z-
dc.date.issued2012-10-15
dc.identifier.otherukmvital:119045
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457305-
dc.descriptionPengurusan pengetahuan merupakan satu strategi yang sistematik dan tersusun bagi menguruskan pengetahuan dalam organisasi agar dapat meningkatkan kualiti dan kecekapan para pekerja dalam tugasan. Perlaksanaannya dalam aktiviti Penyumberanluar Perakaunan Luar Pesisir (PPLP) terutama bagi pembekal bersaiz Kecil dan Sederhana (SKS) tidak boleh dipandang remeh. Sebagaimana yang diketahui umum, syarikat SKS mempunyai sumber modal yang terhad dalam melaksanakan operasi mereka. Oleh itu, mereka perlu cekap dan kreatif dalam menguruskan sumber yang ada. Pengurusan sumber ini bukan hanya melibatkan penggunaan modal untuk pengeluaran dan aktiviti operasi semata, namun pengurusan ini melibatkan pengurusan pengetahuan para pekerja mereka. Namun, tidak semua syarikat pembekal PPLP SKS mengamalkan strategi pengurusan pengetahuan ini. Hal ini kerana masih ada syarikat pembekal PPLP SKS yang tidak mengetahui kepentingan perlaksanaan pengurusan pengetahuan ini. Malahan, turut terdapat syarikat pembekal PPLP SKS yang mengetahuinya, namun mereka lebih cenderung untuk melaksanakannya pada masa akan datang kerana ingin menumpukan kepada pengeluaran mereka terlebih dahulu. Oleh itu, objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti, memahami dan menangani cabaran yang dihadapi syarikat pembekal PPLP SKS untuk melaksanakan pengurusan pengetahuan. Satu kajian kes telah dilaksanakan ke atas sebuah syarikat pembekal SKS daripada London, yang beroperasi di Kuala Lumpur untuk menyediakan perkhidmatan e-invois kepada pelanggan mereka. Bersandarkan kerangka kerja konsep pengurusan pengetahuan; penciptaan, penyimpanan, penyebaran dan aplikasi pengetahuan; hasil kajian telah mendedahkan cabaran seperti sukar berkomunikasi, tiada ruang simpanan khas, perbezaan pengalaman kerja serta kurang motivasi. Selain itu, kajian ini turut mendedahkan bahawa syarikat ini telah melaksanakan inovasi seperti mewujudkan terminologi standard, memupuk kemahiran interpersonal, menggunakan aplikasi perisian mudah, perbincangan tidak formal serta motivasi berterusan bagi menghadapi cabaran tersebut. Penemuan kajian ini akan menyumbang kepada pengembangan teori serta praktis dari aspek pengurusan pengetahuan, inovasi, syarikat SKS dan industri PPLP di Malaysia.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectKnowledge management
dc.titlePengurusan pengetahuan dalam penyumberan-luar perakaunan luar-pesisir
dc.typetheses
dc.format.pages187
dc.identifier.callnoHD30.2.R675 2012
dc.identifier.barcode002611 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119045+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.