Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457302
Title: | Urus niaga pihak berkaitan, yuran audit dan tempoh pelantikan semula juruaudit: bukti syarikat tersenarai di Malaysia |
Authors: | Nor Suhaila Mohd Ghazali (P89641 ) |
Supervisor: | Mohd Mohid Rahmat, Dr. |
Keywords: | Auditors -- Professional ethics -- Malaysia Auditing -- Malaysia Auditors -- Malaysia Auditing -- Moral and ethical aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Jun-2020 |
Description: | Secara umumnya, urus niaga pihak berkaitan (UPB) digunakan untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan firma. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam skandal kewangan yang melibatkan UPB menggambarkan bahawa urus niaga ini biasa disalah guna untuk untuk meningkatkan manfaat peribadi pihak berkaitan. Akibatnya, UPB seringkali dikaitkan dengan kesukaran dalam kerja audit dan ini akan meningkatkan yuran audit. Kajian ini mengkaji hubungan UPB dan yuran audit di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini mengkelaskan UPB berdasarkan kompleksiti urus niaga dan pihak berkaitan yang terlibat iaitu terdiri daripada UPB rumit atau UPB mudah dan UPB efektif atau UPB konflik. Kajian ini juga memeriksa kesan tempoh pelantikan semula juruaudit (TEMPSJ) sebagai faktor penyederhana terhadap hubungan antara UPB dan yuran audit. Kajian ini menggunakan 583 buah firma yang tersenarai di Bursa Malaysia bagi tempoh 2013 hingga 2017. Dapatan kajian mendapati UPB rumit, UPB mudah dan UPB efektif mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan yuran audit. Dapatan kajian ini menyokong teori agensi bahawa kompleksiti UPB meningkatkan risiko audit dan usaha audit. Tambahan pula, hasil kajian menunjukkan TEMPSJ dapat menyederhanakan hubungan jenis UPB iaitu UPB rumit dan yuran audit. Penemuan ini menunjukkan TEMPSJ meningkatnya kecekapan dan kemahiran juruaudit seterusnya mengurangkan tugasan untuk mengaudit UPB rumit. Namun demikian, TEMPSJ tidak memberi kesan pemoderat terhadap hubungan antara UPB efektif atau UPB konflik dan yuran audit. Kajian ini dapat menyediakan maklumat kepada pengamal berhubung dengan potensi risiko salah nyata penyata kewangan yang timbul daripada kompleksiti UPB agar juruaudit dapat membuat perancangan audit yang bersesuaian untuk menghadkan salah guna UPB. Manakala TEMPSJ ini bertindak sebagai salah satu mekanisma yang efektif dan cekap untuk memantau aktiviti dalaman firma terutamanya bagi UPB rumit.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 116 |
Call Number: | HF5616.M4N657 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117531+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 4.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.