Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457301
Title: Syarikat dikawal, peranan jawatankuasa audit dan Urusniaga Pihak Berkaitan (UPB) di Malaysia
Authors: Nurhidayah Nordin (P76585)
Supervisor: Mohd Mohid Rahmat, Dr.
Keywords: Audit
Akauntabiliti
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Jan-2019
Description: Banyak kes skandal perakaunan telah mendedahkan bahawa urusniaga pihak berkaitan (UPB) disalahgunakan untuk penipuan dan salah penyataan kewangan termasuk beberapa kes yang melibatkan syarikat di Malaysia. Penyalahgunaan UPB boleh menimbulkan persoalan mengenai peranan tadbir urus korporat syarikat khususnya pemantauan JKA terhadap UPB. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara syarikat dikawal (SD) dan UPB berdasarkan keefisienan urus niaga berkenaan iaitu UPB efisien (UPBe) dan UPB konflik (UPBk). Kajian ini juga mengkaji hubungan antara keberkesanan jawatankuasa audit (JKA) dan UPBe atau UPBk. Seterusnya, kajian ini mengkaji kesan JKA berkesan (JKAe) sebagai penyederhana ke atas hubungan antara SD dan UPBe atau UPBk. Regresi data panel yang dikumpulkan digunakan untuk menganalisis data yang diambil dari laporan tahunan 541 syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk tempoh 2012 hingga 2014. Penemuan menunjukkan bahawa SD lebih cenderung untuk melaksanakan UPBe dan membuktikan bahwa SD juga terlibat dengan UPBk. Kajian ini juga mendapati hubungan positif antara JKAe dan UPBe yang membuktikan bahawa JKAe dapat melindungi kepentingan para pemegang saham dengan memberi input dan mencadangkan kepada lembaga pengarah dalam menentukan jenis UPB yang dilaksanakan untuk mengoptimalkan penggunaan sumber dan mengurangkan kos urusniaga. Bagaimanapun, kajian ini tidak menyokong hipotesis yang menjangkakan hubungan negatif antara JKAe dan UPBk. Kajian ini juga mengkaji peranan JKAe sebagai pemboleh ubah yang mampu menyederhanakan hubungan antara SD dan UPB. Hasil kajian mendapati JKAe berhubung secara negatif dengan UPBe dan UPBk dan berupaya melemahkan hubungan positif antara SD dan UPB. Penemuan kajian ini menyumbang bukti terawal yang menjelaskan hubungan antara JKAe dan UPB serta menyumbang kepada teori agensi yang merujuk kepada peranan yang perlu dimainkan oleh JKAe sebagai salah satu mekanisme tadbir urus korporat yang berkesan. Selain itu, kajian ini mengembangkan definisi kelompok jenis UPB yang berbeza berbanding literatur akademik terdahulu. Hasil kajian juga dapat memberikan input yang berguna khususnya kepada pembuat polisi dan badan profesional yang terlibat dalam menilai semula peraturan sedia ada dan/atau membangunkan peraturan baru yang boleh menyekat penyalahgunaan UPB sebagai usaha untuk meningkatkan akauntabiliti di kalangan syarikat dan membina semula keyakinan pelabur terhadap UPB.,Sarjana Perakaunan
Pages: 130
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113177+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.