Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457299
Title: | Hubungan antara inovasi, penggunaan sistem pengukuran prestasi dan prestasi hotel |
Authors: | Juwariah Omar (P62325) |
Supervisor: | Rozita Amiruddin, Dr. |
Keywords: | Hospitality industry -- Management Industri perhotelan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Nov-2017 |
Description: | Inovasi merupakan salah satu asas utama berdaya saing dalam Industri Perhotelan. Sebagai sebahagian daripada sistem kawalan pengurusan (SKP), sistem pengukuran prestasi (SPP) dapat membantu pencapaian matlamat strategik syarikat termasuk inovasi dan menentukan kejayaan matlamat melalui pemantauan ke atas petunjuk-petunjuk kerja yang dilaksanakan dan hasil aktiviti. Maklum balas yang dijanakan daripada mekanisme kawalan SPP; bergantung pada pendekatan SPP digunakan; dapat merangsang pelaksanaan aktiviti inovasi. Padanan sesuai antara jenis inovasi dan penggunaan SPP dilihat dapat membantu pengusaha hotel meningkatkan kelebihan daya saing bagi berhadapan dengan cabaran globalisasi dan persaingan kompetitif dalam pasaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji peranan penggunaan SPP sebagai penengah ke atas hubungan antara inovasi dan prestasi hotel di Malaysia. Inovasi dikaji daripada dua jenis umum iaitu inovasi produk dan inovasi proses. Khusus dalam industri perhotelan, inovasi proses juga termasuk inovasi pentadbiran dan inovasi pemasaran. Manakala, SPP di konsepsi menggunakan mekanisme maklum balas dan penilaian berasaskan kerangka Simons Levers of Control iaitu penggunaan SPP sama ada secara diagnostik atau interaktif. Dengan mengaplikasikan teori kontingensi, empat hipotesis penengah kontingensi dibangunkan; (1) padanan antara penggunaan SPP Diagnostik dengan inovasi produk, (2) padanan antara penggunaan SPP interaktif dengan inovasi proses, (3) padanan antara penggunaan SPP interaktif dengan inovasi produk, (4) padanan antara penggunaan SPP diagnostik dengan inovasi proses; dan kesannya ke atas prestasi hotel di Malaysia. Data dikutip secara survei menggunakan edaran soal selidik kepada 216 responden yang merangkumi hotel bertaraf 3, 4 dan 5 bintang di Malaysia. Sejumlah 127 soal selidik telah dikembalikan di mana hanya 118 soal selidik (54.63% kadar pulangan) digunakan untuk analisis selanjutnya. Hipotesis kajian diuji dengan menggunakan analisis penengah mudah SPSS makro Hayes dan Preacher. Hasil analisis faktor mendapati terdapat tiga jenis inovasi yang dinamakan sebagai inovasi produk, inovasi proses & pemasaran, dan inovasi pentadbiran. Dapatan kajian mendapati penggunaan SPP diagnostik dan SPP interaktif menengah sepenuhnya hubungan antara inovasi produk dan prestasi hotel. Begitu juga, penggunaan SPP interaktif menengah sepenuhnya hubungan antara inovasi proses & pemasaran dan prestasi hotel, dan antara inovasi pentadbiran dan prestasi hotel. Sebaliknya, hasil kajian mendapati penggunaan SPP diagnostik hanya menengah sepenuhnya hubungan antara inovasi proses & pemasaran dan prestasi hotel, dan menjadi penengah separa antara inovasi pentadbiran dan prestasi hotel. Implikasi kajian menunjukkan SPP adalah alat kawalan pengurusan yang amat penting untuk penambahbaikan aktiviti inovasi dan digunakan secara gabungan, diagnostik dan interaktif, untuk meningkat prestasi hotel. Kepentingan kajian ini dapat membantu pengusaha hotel meningkatkan kelebihan daya saing mereka untuk bertahan dalam industri hospitaliti dengan memupuk budaya inovasi dalam organisasi dengan menggunakan SPP sama ada secara diagnostik atau interaktif. Selain menampung kekurangan penyelidikan berkaitan SPP dalam industri perhotelan serta inovasi dan penggunaan SPP, hasil kajian ini juga menyediakan maklumat kepada pihak pengurusan hotel bagi pembentukan peraturan, polisi, urus tadbir dan operasi berkaitan dengan keberkesanan penggunaan SPP dalam hal aktiviti inovasi.,Sarjana Perakaunan |
Pages: | 179 |
Call Number: | TX911.3.M27J883 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110286+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 8.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.