Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457296
Title: | Hubungan antara amalan perakaunan pengurusan, budaya kerja organisasi dan tadbir urus baik di organisasi pelancongan negara |
Authors: | Siti Zurina Aziz (P86737) |
Supervisor: | Amizawati Mohd Amir, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Managerial accounting Tourism Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Feb-2019 |
Description: | Usaha menegakkan tadbir urus baik menjadi keutamaan semua pihak bagi memperkasakan semula sistem penyampaian perkhidmatan awam. Tadbir urus baik mampu memastikan pertumbuhan ekonomi dan industri baru seperti industri pelancongan berpotensi menjadi sumber pendapatan negara yang mampan dalam jangka masa panjang. Selari dengan itu, sumber dan pelaburan yang besar bagi memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang unggul di dunia perlu diuruskan dengan baik agar ia menghasilkan satu rantaian nilai yang mantap kepada komponen tadbir urus. Teori kontingensi digunakan bagi menjelaskan pentingnya padanan sistem perakaunan pengurusan dan budaya kerja organisasi agar tadbir urus baik dapat ditegakkan di setiap fungsian. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan di 70 buah pusat tanggungjawab dalam Organisasi Pelancongan Negara. Data dikumpulkan menerusi edaran soal selidik secara langsung dan atas talian. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 63 (90%) soal selidik telah diisi dengan lengkap dan dikembalikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara amalan perakaunan pengurusan dan tadbir urus baik. Penemuan kajian turut mendapati terdapat sokongan sederhana budaya kerja sebagai perantara antara hubungan amalan perakaunan pengurusan dan tadbir urus baik. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati bahawa amalan perakaunan pengurusan adalah signifikan dalam rangka kerja tadbir urus di Organisasi Pelancongan Negara. Maka, kajian ini menyarankan agensi sektor awam khususnya untuk terus berusaha meningkatkan penggunaan amalan perakaunan pengurusan kontemporari pada skala lebih besar kerana ia merupakan alat yang penting untuk mencapai tadbir urus baik dalam pengurusan awam baru. Sehubungan itu, kajian ini memperkayakan ilmu pengetahuan dalam bidang perakaunan pengurusan dengan menyediakan bukti secara empirikal mengenai peranan amalan perakaunan pengurusan dalam mempromosi tadbir urus baik di sektor awam. Hasil kajian ini juga boleh memberi bukti empirikal kepada pembuat dasar akan pentingnya membangunkan kemahiran perakaunan pengurusan di kalangan pegawai bukan kewangan yang banyak terlibat dalam aspek pentadbiran agensi. Penyelidikan ini turut memberi pandangan yang bernilai kepada isu pengurusan awam baru dengan mengenengahkan kepentingan aspek amalan perakaunan pengurusan dan budaya kerja dalam memantapkan amalan tadbir urus baik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Perakaunan |
Pages: | 195 |
Call Number: | HF5657.4.S539 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109126+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.