Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457295
Title: | Pengaruh pemilikan kerajaan terhadap hubungan di antara keefisienan modal intelektual dan prestasi firma |
Authors: | Nurul Syamimi Zulkifli (P76502) |
Supervisor: | Zaleha Abdul Shukor, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Government business enterprises -- Malaysia Government ownership -- Malaysia Intellectual capital Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Sep-2018 |
Description: | Dalam era maklumat berdigital, modal intelektual menjadi semakin penting kepada firma kerana persekitaran ekonomi seluruh dunia terus menerus menumpukan kepada kewujudan ilmu pengetahuan dalam firma untuk memastikan kejayaan sesebuah firma. Namun, kajian lepas menunjukkan terdapat dua dapatan berbeza terhadap hubungan antara keefisienan modal intelektual dan prestasi firma. Modal intelektual tidak dilaporkan dalam bentuk yang jelas menyebabkan keefisienan modal intelektual tersebut tidak kelihatan sehingga boleh menjejaskan prestasi dan nilai firma. Bahkan, ianya boleh mengganggu pihak berkepentingan khususnya para pelabur yang ingin merujuk kepada maklumat tersebut untuk tujuan pembuatan keputusan. Kelemahan ini mungkin boleh dibaiki sekiranya wujud tadbir urus yang baik dalam firma. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara keefisienan modal intelektual dan prestasi firma serta melihat kesan penyederhana pemilikan kerajaan (sebagai salah satu ciri tadbir urus korporat) dalam hubungan antara keefisienan modal intelektual dan prestasi firma. Pemilikan kerajaan sering dilihat oleh pelabur sebagai berkontroversi terutama apabila kerajaan seolah-olah kerap hanya mengambil kesempatan ke atas kekayaan firma yang mana secara praktikalnya meningkat kesan daripada wujudnya keefisienan modal intelektual. Kajian ini menggunakan sampel data 1,048 tahun-firma yang merangkumi maklumat tahun 2012 sehingga 2014 daripada firma tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia. Dapatan menunjukkan hubungan yang positif antara keefisienan modal intelektual dengan prestasi firma. Akan tetapi, kewujudan pemilikan kerajaan dalam firma menyebabkan hubungan tersebut menjadi lemah, namun dapatan tidak signifikan. Dapatan ini selari dengan teori sudut pandangan ambil-kesempatan (SPAK), di mana, kewujudan pemilikan kerajaan dilihat sebagai suatu yang negatif oleh pihak berkepentingan kerana diandai hanya bertujuan mengambil kesempatan atas kewujudan modal intelektual firma dan bukan untuk menambahbaik keefisienannya. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pihak pelabur masih perlu berhati-hati apabila ingin melabur dalam firma milik kerajaan di Malaysia. Namun dapatan kajian juga patut boleh membantu pihak kerajaan sebagai pemilik firma tersenarai supaya menambahbaik reputasi mereka berkaitan tadbir urus firma bagi membolehkan mereka lebih dilihat sebagai pihak yang membantu meningkatkan prestasi firma dan bukan sekadar mengambil kesempatan. Ini penting bagi boleh membantu menambahbaik ekonomi pasaran modal Malaysia khususnya dan ekonomi negara umumnya.,Sarjana Perakaunan |
Pages: | 135 |
Call Number: | HD4300.6.N837 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107617+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.