Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457282
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Mohid Rahmat, Dr.
dc.contributor.authorHanis Amera Mohd Amin (P79686)
dc.date.accessioned2023-09-12T02:23:34Z-
dc.date.available2023-09-12T02:23:34Z-
dc.date.issued2017-12-06
dc.identifier.otherukmvital:100313
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457282-
dc.descriptionMasalah kritikal yang kerap diperkatakan sejak kebelakangan ini melibatkan pemindahan kekayaan oleh pemegang saham mengawal. Kuasa dan kawalan yang dimiliki oleh pemegang saham mengawal memberi kesempatan dan ruang kepada mereka untuk memindahkan harta firma kepada firma peribadi mereka atau terus kepada akaun mereka sendiri melalui urusan peribadi. Kajian lepas mencadangkan bahawa pemindahan kebanyakan sumber firma dijalankan melalui urusniaga pihak berkaitan (UPB). Berdasarkan kepada pandangan konflik kepentingan, pihak berkaitan secara oportunis boleh menggunakan kuasa mereka dalam firma untuk memindahkan sumber firma bagi manfaat mereka sendiri melalui UPB yang boleh mengakibatkan kos agensi meningkat dan mengurangkan kekayaan pemegang saham minoriti. Oleh yang demikian, perlunya satu sistem pemantauan yang efisien, seperti tadbir urus korporat dalam mengurangkan masalah agensi yang berlaku. Pelaksanaan tadbir urus korporat ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi firma, tetapi dapat menyelesaikan masalah agensi dengan mengawalselia tindakan dan aktiviti pihak pengurusan. Kajian ini meneliti hubungan antara ciri-ciri pemegang saham mengawal dan urusniaga pihak berkaitan (UPB). Kajian ini juga memeriksa kesan ganjaran pengarah sebagai penyederhana hubungan antara ciri-ciri pemegang saham mengawal dan UPB. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan, dengan 622 firma awam tersenarai Malaysia dipilih bagi tempoh 2012-2014. Kajian ini menggunakan analisis regresi berganda untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ciri pemegang saham mengawal yang dikaji iaitu proksi pemegang saham mengawal sebagai ahli lembaga pengarah eksekutif berhubungan secara positif dan signifikan dengan UPB. Hasil kajian terhadap pembolehubah penyederhana ganjaran menunjukkan hubungan negatif yang signifikan terhadap hubungan antara pemegang saham mengawal berbilang pengarahan dan UPB. Penemuan ini mendapati jawatan yang dijawat, kuasa, kedudukan dan rangkaian yang dimiliki oleh pemegang saham mengawal, memberikan lebih ruang dan peluang kepada mereka untuk mengekspropriasi sumber firma untuk manfaat diri sendiri. Oleh itu, ganjaran pengarah dapat menyederhanakan hubungan antara ciri pemegang saham mengawal dan UPB. Ganjaran menarik yang ditawarkan dapat mengurangkan tingkahlaku oportunistik pemegang saham mengawal untuk menyalahgunakan UPB.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectCorporate governance
dc.titlePemegang saham mengawal, ganjaran pengarah dan urusniaga pihak berkaitan (UPB)
dc.typetheses
dc.format.pages111
dc.identifier.callnoHD2741.H367 2017 tesis
dc.identifier.barcode003379(2018)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100313+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.