Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456162
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Haliza Katas, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Sarah Omar Zaki (P69354) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T08:03:11Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T08:03:11Z | - |
dc.date.issued | 2015-07-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:96669 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456162 | - |
dc.description | Kajian mengenai toksisiti zarah nano kitosan (CSNP) terhadap sel stem hematopoietik dan progenitor (HSPC) adalah masih terhad. Kajian ini bertujuan untuk menilai toksisiti CSNP terhadap HSPC terbitan-mencit secara ex vivo. CSNP disediakan melalui kaedah pengegelan ionik menggunakan kitosan berberat molekul rendah (50-190 kDa) yang seterusnya dicirikan mengikut saiz dan keupayaan zeta zarah. Sel sumsum tulang mencit (MBMC) diaruhkan dengan CSNP pada pelbagai julat saiz zarah (200 sehingga 700 nm) dan kepekatan (31.25-1000 μg/mL) untuk tempoh masa 24, 48, dan 72 jam. Kesan aruhan CSNP terhadap viabiliti MBMC ditentukan melalui asai MTT (3-(4,5-dimethylthiazol-2-yl)-2,5-diphenyltetrazolium bromide). Kesan aruhan CSNP ke atas viabiliti HSPC ditentukan melalui teknik imunofenopentaipan menggunakan sitometri aliran yang mengukur tahap ekspresi penanda antigen permukaan untuk HSC (Sca-1+), progenitor mieloid (CD11b+, Gr-1+), dan progenitor limfoid (CD45+, CD3e+). Aras penghasilan spesies oksigen reaktif (ROS) akibat aruhan CSNP ditentukan menggunakan sitometri aliran melalui teknik pewarnaan hidroetidina (HE). CSNP-berlabel FITC (fluoresein-5-isotiosianat) digunakan untuk kajian penentuan kemasukan CSNP ke dalam sel. Selepas 24 jam aruhan kepada CSNP, tiada kesan sitotoksik yang signifikan pada MBMC dapat diperhatikan. Walau bagaimanapun, pada 48 dan 72 jam aruhan, penurunan yang signifikan dalam viabiliti MBMC telah diperhatikan untuk sel yang dirawat dengan CSNP bersaiz kecil (0.2% w/v kitosan) pada 750 and 1000 μg/mL. Aruhan kepada CSNP bersaiz sederhana (0.3% w/v kitosan sahaja) pada 750 μg/mL mengakibatkan peningkatan signifikan dalam viabiliti MBMC. Penilaian imunofenopentaipan menunjukkan kesan sitotoksik CSNP yang menyasarkan HSPC bergantung kepada fenotip sel dan saiz CSNP. Aruhan kepada CSNP bersaiz kecil dan sederhana pada kepekatan lebih rendah daripada 750 μg/mL menunjukkan sitotoksisiti pada sel Sca-1+ (HSC) dengan penurunan peratusan viabiliti sel yang signifikan pada aruhan CSNP bersaiz sederhana dengan kepekatan 62.5 μg/mL. Sebaliknya, kesan sitotoksisiti yang lebih tinggi diperhatikan dalam populasi progenitor mieloid pada aruhan CSNP bersaiz sederhana (0.4% dan 0.5% w/v kitosan sahaja) dan besar (0.6% w/v kitosan). Peratusan sel CD11b+ adalah berkurangan secara signifikan apabila diaruhkan kepada pelbagai kepekatan CSNP bersaiz sederhana (250, 750 dan 1000 μg/mL) dan besar (500 dan 750 μg/mL). Manakala, peratusan sel Gr-1+ pula adalah berkurangan secara signifikan berbanding kawalan untuk CSNP bersaiz sederhana (0.5% w/v kitosan sahaja) dan besar pada kepekatan tinggi (500 - 1000 μg/mL). Aruhan kepada CSNP menunjukkan tiada kesan sitotoksisiti yang signifikan ke atas progenitor limfoid berdasarkan tiada perubahan yang signifikan dalam peratusan sel CD45+ dan CD3e+ antara kumpulan ujian dan kawalan. Penilaian aras ROS menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara kumpulan ujian berbanding kawalan selepas 72 jam aruhan CSNP. Analisa penentuan kemasukan selular CSNP menunjukkan pengumpulan CSNP di dalam sitoplasma sel yang membuktikan pengambilannya oleh MBMC yang teraruh. Secara kesimpulan, CSNP mengaruh sitotoksisiti kebergantungan fenotip sel dan saiz zarah terhadap HSPC-terbitan sumsum tulang mencit secara ex vivo. Hasil daripada kajian ini boleh meningkatkan tahap keyakinan berkenaan keselamatan bahan dan zarah nano, terutamanya berkaitan CSNP untuk tujuan diagnostik dan/atau aplikasi terapeutik dalam manusia.,Ijazah Sarjana Farmasi | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | toksisiti zarah nano kitosan | - |
dc.subject | teknik imunofenopentaipan | - |
dc.subject | sumsum tulang | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penilaian toksisiti zarah nano berasaskan-kitosan terhadap sel stem hematopoietik dan progenitor sumsum tulang mencit secara ex vivo | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 115 | - |
dc.identifier.callno | QV20.5.S623p 2015 9 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96669+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 271.44 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.