Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456160
Title: Keberkesanan pendekatan baru dalam bentuk rawatan yang telah diubahsuai untuk program berhenti merokok di tempat kerja oleh ahli farmasi
Authors: Muhammad Faizal Maarof (P72914)
Supervisor: Adliah Mhd Ali, Dr.
Keywords: Merokok
Farmakoterapi
Ahli farmasi
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jan-2017
Description: Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan kadar merokok menurun setiap tahun. Walau bagaimanapun, kadar merokok di Malaysia masih tinggi berbanding dengan negara-negara lain. Oleh itu, ahli farmasi berpotensi memainkan peranan dalam mempromosikan perkhidmatan berhenti merokok. Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pendekatan baru dalam bentuk rawatan yang telah diubahsuai yang terdiri daripada gabungan farmakoterapi, terapi tingkah laku berkumpulan, internet dan telefon proaktif untuk program berhenti merokok di tempat kerja Universiti Kebangsaan Malaysia . Tinjauan tabiat merokok dalam kalangan kakitangan UKM (n=136) mendapati bahawa kebanyakan mereka (63%) menghabiskan masa dengan rakan-rakan yang merokok pada hari bekerja. Tahap kebergantungan nikotin dalam kalangan kakitangan yang merokok adalah sederhana-rendah. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka, 67.6% (n=92) berminat untuk berhenti merokok dengan pelbagai alasan. Struktur pendekatan baru dalam bentuk rawatan yang telah diubahsuai telah dibangunkan selepas merujuk kepada garis panduan amalan klinikal dan kajian literatur untuk program berhenti merokok di tempat kerja. Modul untuk terapi tingkah laku berkumpulan juga telah dibangunkan dan kesesuaian komponen dalam modul dinilai melalui perbincangan kumpulan berfokus dan perbincangan panel pakar. Pemantauan tingkah laku merokok dan persepsi peserta terhadap web yang dibangunkan telah dinilai dari segi antara muka, kandungan dan struktur. Dalam fasa terakhir, intervensi telah dilaksanakan dalam kalangan kakitangan yang berminat untuk menyertai program ini (n=55). Para peserta dibahagikan sama ada dalam kumpulan kawalan (n=27) atau kumpulan intervensi (n=28). Peserta dalam kumpulan intervensi menerima pendekatan baru dalam bentuk rawatan yang telah diubahsuai oleh ahli farmasi sehingga enam bulan rawatan. Manakala, peserta dalam kumpulan kawalan menerima rawatan standard daripada ahli farmasi. Seramai 40 peserta telah menamatkan intervensi dengan 16 peserta di dalam kumpulan kawalan dan 24 peserta di dalam kumpulan intervensi. Hasil ukuran termasuklah kadar abstinens, tahap kebergantungan nikotin, perubahan tingkah laku, tahap pematuhan dan bilangan rawatan susulan antara kumpulan kawalan dan kumpulan intervensi. Kadar abstinens berpanjangan dan kadar abstinens tujuh hari (37.5%) bagi kumpulan intervensi adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan (masing-masing 18.8% dan 25%). Perubahan tahap kebergantungan nikotin dalam setiap kumpulan adalah signifikan (p<0.001), bagaimanapun, tidak ada perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan (p=0.35). Tahap pematuhan terapi penggantian nikotin (TPN) dan bilangan rawatan susulan untuk kumpulan intervensi adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan (masing-masing p=0.038 dan p<0.001). Terdapat perubahan tingkah laku yang baik dalam kumpulan intervensi berbanding dengan kumpulan kawalan berdasarkan peringkat pra-kontemplasi dan peringkat tindakan. Pendekatan baru dalam bentuk rawatan yang telah diubahsuai adalah berkesan dalam meningkatkan kadar abstinens, tahap pematuhan dan bilangan rawatan susulan serta menggalakkan perubahan tingkah laku yang baik. Terdapat potensi untuk pendekatan baru dalam bentuk rawatan yang telah diubahsuai untuk digunakan pada masa hadapan.,Sarjana Sains
Pages: 167
Call Number: WA20.5.M952k 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_86096+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
316.11 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.