Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456159
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamia Azdina Jamal, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNoorlela Ramli (P43489)-
dc.date.accessioned2023-09-11T08:03:10Z-
dc.date.available2023-09-11T08:03:10Z-
dc.date.issued2013-06-12-
dc.identifier.otherukmvital:85103-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456159-
dc.descriptionSpesies Myrsinaceae adalah antara famili tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan seperti meredakan simptom menopaus, antioksidan dan anti-inflamasi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan estrogenik dan perencatan pengikatan reseptor faktor pengaktifan platelet (PAF) beberapa spesies Myrsinaceae. Lapan spesies iaitu Ardisia kunstleri King & Gamble, A. oxyphylla Wall., A. villosa Roxb., Embelia coriaceae Wall, Labisia pumila (Blume) Mez var. alata (berdaun ungu, LPAU dan berdaun hijau, LPAH), Maesa ramentacea Wall. dan Rapanea porteriana (Wall. ex A.DC.) Mez diperoleh dari beberapa hutan di Malaysia. Setiap bahagian tumbuhan diekstrak dengan metanol (MeOH) dan air suling (H2O) secara berasingan untuk menghasilkan 30 ekstrak kasar (14 MeOH dan 16 H2O). LPAU dan LPAH pula diekstrak secara berturutan dengan heksana, diklorometana (CH2Cl2) dan MeOH menggunakan alat soxhlet untuk menghasilkan 12 fraksi. Kesemua ekstrak kasar dan fraksi diuji menggunakan asai proliferatif sel MCF-7 dan perencatan pengikatan reseptor PAF untuk menentukan kesan estrogenik dan peratus perencatan PAF masing-masing. Bagi asai proliferatif sel, ekstrak (10-10-10-4 gmL-1) diinkubasi dengan sel MCF-7 di dalam plat mikrotiter telaga-96 dan 17β-estradiol (10-9 M) digunakan sebagai kawalan positif. Asai berakhir pada hari ke-6 dan proliferasi sel dinilai melalui asai 3-(4,5-dimetiltiazol-2-l)-2,5-difenil tetrazolium bromida (MTT). Asai PAF pula melibatkan campuran tindak balas antara ekstrak kasar atau fraksi, sedrol sebagai kawalan positif, PAF tidak berlabel dan PAF berlabel radioaktif (3H-PAF) dengan platelet arnab di mana kepekatan akhir campuran tindak balas adalah 18.2 μgmL-1. Campuran tindak balas dituras menggunakan alat penuaian sel untuk memisahkan ligan terikat dan tidak terikat dan radioaktiviti dinilai menggunakan pembilang sintilasi cecair (LSC). Ekstrak MeOH akar A. oxyphylla (10-10 gmL-1; 116.3±1.9%) dan daun M. ramentacea (10-5 gmL-1; 117.3±3.7%), dan ekstrak H2O daun LPAU (10-10 gmL-1; 128.7±6.3% dan 10-8 gmL-1; 131.0±2.9%) dan daun M. ramentacea (10-6 gmL-1; 125.7±6.6% dan 10-5 gmL-1; 136.9±2.5%) menunjukkan proliferasi sel MCF-7 secara signifikan (p<0.05, ANOVA) berbanding kawalan pertumbuhan (100%) manakala 17β-estradiol (10-9 M) memberikan 137.1±1.2% proliferasi sel. Bagi asai PAF, ekstrak MeOH daun M. ramentacea (60.15±6.8%) dan R. porteriana (71.89±9.8%), dan ekstrak H2O ranting A. oxyphylla (68.61±0.8% ), daun LPAU (60.86±8.7%) dan akar (64.92±8.0%) dan daun LPAH (74.94±14.2%), akar (63.05±9.1%) dan daun R. porteriana (75.07±9.7%) tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05, ANOVA) berbanding sedrol (78.85±6.5%). Keputusan yang sama juga ditunjukkan oleh fraksi heksana daun (73.18±4.3%) dan CH2Cl2 akar (71.74±3.4%) LPAU dan fraksi CH2Cl2 daun (69.8±1.9%) LPAH. Nilai IC50 PAF bagi ekstrak dan fraksi yang aktif adalah antara 4.5-8.4 μgmL-1 dan ekstrak MeOH R. porteriana menunjukkan nilai IC50 4.5 μgmL-1 yang setanding dengan sedrol (3.0 μgmL-1). Keputusan ini menunjukkan bahawa A. oxyphylla, L. pumila var. alata (berdaun ungu) dan M. ramentacea adalah tumbuhan yang mempunyai potensi aktiviti estrogenik dan kesan perencatan pengi fraksi CH2Cl2 daun (69.8±1.9%) LPAH. Nilai IC50 PAF bagi ekstrak dan fraksi yang aktif adalah antara 4.5-8.4 μ-1 dan ekstrak MeOH R. porteriana menunjukkan nilai IC50 4.5 μgmL-1 yang setanding dengan sedrol (3.0 μgmL-1). Keputusan ini menunjukkan bahawa A. oxyphylla, L. pumila var. alata (berdaun ungu) dan M. ramentacea adalah tumbuhan yang mempunyai potensi aktiviti estrogenik dan kesan perencatan pengikatan reseptor PAF.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMyrsinaceae-
dc.subjectMedicinal-
dc.subjectPlants - Malaysia.-
dc.titleKesan estrogenik dan perencatan pengikatan reseptor faktor pengaktifan platelet oleh spesies myrsinaceae yang terpilih dari Malaysia-
dc.typetheses-
dc.identifier.barcode002179-
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85103+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.