Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456157
Title: Mekanisme molekul fitoestrogen, aneksin A1 dan ekstrak susu soya terhadap apoptosis dan kitaran sel melalui modulasi caspase, BCL2, Ssiklin, P53 dan P21 dalam sel leukemia manusia
Authors: Qalidah Mohamad Ali (P100017)
Supervisor: Endang Kumolosasi, Prof. Madya Dr.
Keywords: Leukemia
Hairy Cell
Leukemia
Phytoestrogens
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Aug-2022
Description: Leukemia merupakan salah satu kanser yang boleh menyebabkan kematian dan rawatan ubat kemoterapi mempunyai kesan toksik yang tinggi menyebabkan ketidakupayaan untuk membunuh sel stem leukemia. Mekanisme yang menyebabkan leukemia masih belum dikenal pasti. Justeru itu, fitoestrogen dengan struktur seperti estrogen, ekstrak susu soya dengan kepekatan tinggi isoflavon dan aneksin A1 sebagai protein endogen dengan sifat anti-kanser digunakan dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesan fitoestrogen, susu soya dan aneksin A1 dalam apoptosis dan kitaran sel, untuk menyiasat mekanisme yang mengawal selia caspases, bcl-2, siklin, p53 dan p21 protein dan untuk menentukan laluan molekul yang terlibat dalam sel leukemia dan sel mononuklear darah periferi (PBMC). Analisa apoptosis dan kitaran sel ditentukan menggunakan aliran sitometri dan pemedapan Western telah dijalankan untuk menentukan ekspresi caspases, bcl-2, cyclins, p53 dan p21 protein yang diperlukan untuk apoptosis dan kitaran sel. Laluan molekul dan ekspresi gen ditentukan menggunakan analisa jujukan RNA. Data menunjukkan koumestrol menyebabkan apoptosis yang signifikan pada sel K562, U937 (p <0.01) dan Jurkat (p <0.05). Daidzein hanya meningkatkan apoptosis (p <0.05) dalam K562 dan U937. Genistein melaporkan sel apoptosis meningkat dengan ketara dalam K562, Jurkat (p <0.01) dan sel U937 (p <0.001). Aneksin A1 menyebabkan apoptosis secara signifikan dalam semua sel leukemia kecuali PBMC melaporkan peningkatan kematian sel tetapi tidak signifikan. Ekstrak susu soya menyebabkan apoptosis dengan ketara dalam PBMC (p <0.05). Koumestrol, genistein dan aneksin A1 menunjukkan penahanan sel pada fasa G2/M dalam K562, Jurkat dan U937. Dalam K562 siklin E1, A2 menunjukkan ekspresi yang tinggi menakala penurunan ketara didapati dalam siklin B1 dan siklin. Jurkat dan U937 menunjukkan penurunan ekspresi yang ketara bagi siklin D1, E1, A2 dan B1. Ekspresi p21 dalam penahan kitaran sel dikawal selia secara bebas dalam sel mutan p53 K562, Jurkat dan U937. Pengaktifan caspase 9, 8 diperhatikan dalam semua sebatian terhadap K562 dan U937. Caspase-8 hanya menunjukkan pengaktifan dalam rawatan koumestrol dan daidzein bagi K562, genistein dalam Jurkat dan Aneksin A1 bagi U937. Caspase 3 tidak menunjukkan pengaktifan kecuali dalam Jurkat yang dirawat genistein manakala ekspresi bcl-2 didapati tinggi dalam kebanyakan rawatan kecuali coumestrol dalam K562 dan genistein dalam Jurkat menunjukkan ekspresi yang rendah. Penahanan sel pada fasa S dan G2/M diperhatikan dalam PBMC tidak dikaitkan dengan apoptosis. Profil ekspresi gen dalam sel K562 menunjukkan koumestrol merencat laluan isyarat P13-AKT dan Jak-Stat dengan pengurangan ekspresi Myb, Myc, CSF3R, DD134, IL20RB, IL23A, IL6, IL11 dan SPTAN1 manakala ekstrak susu soya menyebabkan tindak balas keradangan dengan mengaktifkan laluan isyarat NFKB dan PI3-AKT dengan meningkatkan ekspresi IL1B, CSF3 dan HSP90AA1. Kajian ini memberi pendedahan baru tentang peranan koumestrol dan ekstrak susu soya segar dalam memodulasi ekspresi gen dalam sel kanser leukemik dan menjadi asas untuk penyelidikan masa depan dengan menyasarkn laluan molekul sebagai agen anti-kanser,Ijazah Sarjana Sains
Pages: 167
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130573+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.