Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456153
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Kaisan Mahadi, Dr. | - |
dc.contributor.author | Chung Chee Hooi (P98293) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T08:03:08Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T08:03:08Z | - |
dc.date.issued | 2022-04-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:128714 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456153 | - |
dc.description | Infarksi miokardium (IM) dicirikan sebagai kematian kardiomiosit secara iskemia disebabkan oleh penyumbatan saluran koronari yang membawa kepada hipoksia. Fasa inflamasi seterusnya bertindak untuk menyingkirkan kardiomiosit nekrotik sebelum beralih ke fasa reparatif anti-inflamasi. Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan antara peralihan kedua-dua fasa boleh menyebabkan inflamasi yang berpanjangan dan seterusnya menjejaskan fungsi jantung. Bukti saintifik terdahulu menunjukkan modulasi cabang parasimpatetik sistem saraf autonomik melalui saraf vagus mampu menyasarkan inflamasi pasca-IM tetapi kajian lanjut mengenai mekanisme perlindungan jantung masih perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan stimulasi saraf vagus transkutan (TVNS) terhadap fungsi dan pengubahsuaian ventrikel kiri, aktiviti inflamasi, fibrosis serta perubahan fenotip makrofaj dalam model IM. Aruhan IM dilakukan dengan memberikan isoprenaline hidroklorida (85mg/kg) secara subkutaneus selama dua hari berturut-turut. Saraf vagus dirangsang dengan menggunakan rangsangan elektrik pada tragus dengan intensiti stimulasi 20Hz, 0.2ms, 2mA, 1 jam setiap hari selama 14 hari. Fungsi ventrikel kiri kemudian dinilai melalui kaedah Langendorff dengan memerhatikan parameter seperti pembangunan tekanan ventrikel kiri (LVDP), kadar maksimum peningkatan tekanan ventrikel kiri (LV +dp/dtmax), kadar maksimum penurunan tekanan ventrikel kiri semasa tempoh relaksasi (LV -dp/dtmax), pemalar masa relaksasi (Tau), kadar denyutan jantung serta kadar aliran koronari. Pewarnaan hematoksilin & eosin serta picrosirius red dilakukan untuk menilai hipertrofi kardiomiosit serta tahap fibrosis. Kajian ini mencirikan model IM aruhan isoprenaline dan mengkaji kesan TVNS terhadap IM. Pencirian IM menunjukkan kemerosotan fungsi ventrikel kiri (pengurangan LVDP (p<0.05), LV +dp/dtmax (p<0.05), LV -dp/dtmax (p<0.05) & peningkatan kadar denyutan jantung (p<0.05)), hipertrofi kardiomiosit (p<0.05) serta pembentukan fibrosis (p<0.05). Namun begitu, kumpulan IM+TVNS menunjukkan penambahbaikan fungsi ventrikel kiri (peningkatan LVDP (p<0.05), LV +dp/dtmax (p<0.05), penurunan kadar denyutan jantung (p<0.05) & corak peningkatan LV -dp/dtmax (p>0.05)), pengurangan hipertrofi kardiomiosit (p<0.05) serta corak pengurangan fibrosis (p>0.05) apabila dibandingkan dengan kumpulan IM. Walaubagaimanapun, tahap inflamasi, serta pengubahsuaian ventrikel kiri tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam kumpulan IM+TVNS berdasarkan kepekatan TNF-𝛼 (p>0.05) dan MMP-9 (p>0.05) masing-masing. Dalam kajian sitometri aliran, semua kumpulan menunjukkan fenotip makrofaj M2 berdasarkan peratusan populasi sel CD11b+F4/80+CD206+. Penemuan kajian ini menunjukkan potensi TVNS untuk digunakan dalam pesakit IM secara klinikal berdasarkan kesan penambahbaikan fungsi ventrikel kiri serta hipertrofi kardiomiosit,Ijazah Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Myocardial Infarction | - |
dc.subject | Vagotomy | - |
dc.subject | Fibrosis | - |
dc.subject | Hypoxia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesan stimulasi saraf vagus transkutan terhadap fungsi dan pengubahsuaian ventrikel kiri, aktiviti inflamasi, fibrosis serta perubahan fenotip makrofaj pada tikus infarksi miokardium aruhan isoprenaline | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 158 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128714+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.