Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456149
Title: Penilaian semula pengaruh kos ubat dalam model kepercayaan kesihatan terhadap kepatuhan ubat
Authors: Hamiza Aziz (P77289)
Supervisor: Ernieda Md Hatah, Dr .
Keywords: Model Kepercayaan Kesihatan (MKK)
Subsidi ubat
Kos ubat
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Feb-2017
Description: Model Kepercayaan Kesihatan (MKK) menjelaskan pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi pematuhan ubat, salah satunya ialah kos ubat. Terdapat sedikit kajian yang telah menilai kesan kos ubat dengan pematuhan ubat, di kalangan pesakit yang menerima subsidi ubat. Kajian ini bertujuan untuk menilai semula MKK Pematuhan Ubat di kalangan pesakit yang menerima subsidi ubat. Kajian pertama menilai penyelidikan yang melaporkan pengaruh skim pembayaran dan kaitannya dengan pematuhan ubat pesakit. Dalam kajian penilaian sistematik ini, sebanyak 2683 artikel telah dikenal pasti melalui pencarian daripada tiga pangkalan data elektronik. Kajian mendapati pesakit yang mempunyai perkongsian kos ubat yang lebih rendah" mempunyai peratus pematuhan terhadap pengambilan ubat antara 28.5% dan 94.3%. Peratus pematuhan ubat di kalangan pesakit yang menerima ubat secara subsidi sepenuhnya juga dilaporkan di antara 34% dan 84.6%. Kajian keratan rentas kemudiannya dijalankan antara pesakit dengan dan tanpa subsidi ubat (biaya sendiri) untuk membandingkan corak pematuhan ubat dan faktor-faktor yang boleh mempengaruhinya. Pesakit telah di sampel daripada institusi penjagaan kesihatan kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur
Pages: 140
Call Number: QV20.5.H222p 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84272+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
199.02 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.