Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456144
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorsyahida Mohd Fauzi, Dr.
dc.date.accessioned2023-09-11T08:03:04Z-
dc.date.available2023-09-11T08:03:04Z-
dc.date.issued2021-08-08
dc.identifier.otherukmvital:123561
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456144-
dc.descriptionPada peringkat permulaan aterogenesis, sel endotelium pro-inflamasi mempromosikan perekrutan monosit ke dalam lapisan arteri subendotelium. Langkah ini memerlukan pengekspresan molekul pelekatan sel, dinamakan molekul pelekatan interselular-1 (ICAM-1) dan molekul pelekatan sel vaskular-1 (VCAM-1), serta penghasilan kemokin seperti protein pemikat kemo monosit-1 (MCP-1). Gynura procumbens (GP) dan Christia vespertilionis (CV) digunakan secara tradisional dalam rawatan penyakit yang berkaitan dengan inflamasi dan mereka telah dilaporkan tentang beberapa aktiviti biologi, termasuklah kesan anti-inflamasi. Walau bagaimanapun, mekanisme kesan tersebut masih tidak diketahui. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan anti-inflamasi oleh ekstrak GP dan CV secara in vitro dan menjelaskan mekanisme molekular pendasar. Analisis kualitatif dan kuantitatif untuk ekstrak mentah GP dan CV dijalankan dengan menggunakan HPLC dan LC-MS/MS. Kebolehhidupan sel HUVEC dengan rawatan ekstrak GP dan CV ditentukan dengan asai MTT. Kesan ekstrak GP dan CV ke atas pelekatan monosit ditentukan dengan asai pelekatan monosit-endotelium. Pengekspresan protein ICAM-1, VCAM-1 dan protein dalam tapak jalan pengisyaratan NF-??B ditentukan dengan menggunakan pemblotan western manakala penghasilan MCP-1 ditentukan dengan ELISA. Analisis HPLC dan LC-MS/MS menunjukkan ekstrak GP mengandungi sebatian terpilih asid klorogenik, astragalin dan nikotiflorin. Ketiga-tiga sebatian tersebut hanya dapat dikesan dalam ekstrak CV melalui kaedah LC-MS/MS bersasar. Rawatan ekstrak GP dan CV dalam julat kepekatan 5 ?g/mL hingga 60 ?g/mL selama 24 jam mengekalkan kebolehhidupan HUVEC lebih daripada 80%, maka kepekatan 20, 40 dan 60 ?g/mL dipilih untuk kajian seterusnya. Semua kepekatan ekstrak GP dan CV menunjukkan kesan perencatan yang signifikan dalam pelekatan monosit ke atas HUVEC yang diaktifkan oleh TNF-? (p < 0.05). Pengekspresan protein ICAM-1 dan VCAM-1 dapat direncat secara signifikan oleh ekstrak GP (40 dan 60 ?g/mL) dan CV (20, 40, 60 ?g/mL) dalam bentuk bersandar kepekatan (p < 0.001). Semua kepekatan ekstrak GP dan CV juga menunjukkan perencatan yang signifikan dalam penghasilan MCP-1 (p < 0.05). Di samping itu, ekstrak GP dan CV merencat fosforilasi IKK?/?, I?B?, NF-?B dan translokasi nuklear NF-?B dalam HUVEC (p < 0.05). Sama sekali, keputusan dalam kajian ini mendemonstrasikan bahawa ekstrak GP dan CV dapat merencat pelekatan monosit ke atas sel endotelium dengan perencatan ekspresi protein molekul pelekatan sel dan penghasilan kemokin melalui tapak jalan pengisyaratan NF-?B. Maka, hasil kajian ini mengimplikasikan kedua-dua GP dan CV berpotensi sebagai agen anti-inflamasi untuk rawatan aterosklerosis.,Ijazah Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi
dc.rightsUKM
dc.subjectEndothelial Cells
dc.subjectAnti-Inflammatory Agents
dc.titleMekanisme anti-inflamasi ekstrak gynura procumbens (lour.) Merr. dan christia vespertilionis (l.f.) bakh.f. terhadap pelekatan monosit ke atas sel endotelium
dc.typetheses
dc.format.pages155
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123561+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.