Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456142
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chua Eng Wee, Dr. | |
dc.contributor.author | Lim Sheng Zhang (P89754) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T08:03:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T08:03:04Z | - |
dc.date.issued | 2020-01-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:118181 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456142 | - |
dc.description | Sebatian tiopurina memainkan peranan penting dalam rawatan penyakit usus inflamatori (IBD). Namun, kerintangan tiopurina adalah kerap di kalangan pesakit yang mengambil ubat tiopurina, dan ini mungkin disebabkan oleh varian DNA yang mengubah penghasilan metabolit tiopurina yang utama, iaitu 6-tioguanina nukleotida (6-TGN) dan metilmerkaptopurina (MMP). Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan hubungan antara metabolit fosfat tiopurina dengan hasil rawatan di kalangan pesakit IBD Malaysia dengan menggunakan kaedah kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC). Di samping itu, lima orang pesakit penyakit Crohn yang berketurunan India serta gagal rawatan azatioprina dan lima orang lagi pesakit yang berjaya mencapai remisi juga direkrut untuk penjujukan keseluruhan eksom. Sejumlah 20 orang pesakit dewasa IBD telah direkrutkan untuk mengukur paras metabolit tiopurina. Pesakit telah dikelaskan kepada kumpulan pesakit yang menunjukkan respons positif (n=14) atau rintangan (n=4) terhadap azatioprina berdasarkan tahap aktiviti penyakit (CDAI dan skor Mayo). Dua orang pesakit didapati mempunyai paras 6-TGN yang telampau rendah (<10 pmol/30mg Hb) dan dikecualikan daripada analisis. Selain tioguanosina monofosfat (TGMP) (analisis korelasi pangkat Spearman; pekali korelasi dengan CDAI, r=-0.58042; nilai p=0.0479), tiada hubungan statistik yang bererti didapati antara tahap aktiviti penyakit dan paras tioguanosina monofosfat (TGDP), tioguanosina trifosfat (TGTP), atau metiltioinosina monofosfat (MeTIMP) (nilai p>0.05). Didapati bahawa kumpulan pesakit yang menunjukkan respons baik terhadap rawatan mempunyai paras median 6-TGN yang lebih tinggi tetapi paras median TGTP yang lebih rendah daripada pesakit yang rintang azatioprina. Walau bagaimanapun, perbezaan tersebut adalah tidak signifikan (analisis pangkat bertanda Wilcoxon; 6-TGN, nilai p satu sisi=0.4627; TGTP, nilai p satu sisi=0.0949). Kajian penjujukan keseluruhan eksom tidak dapat mengesan varian DNA dengan penembusan yang cukup dikaitkan dengan kegagalan rawatan tiopurina. Namun, melalui analisis pemerkayaan gen, didapati bahawa gen-gen yang berkaitan dengan penubuhan, degradasi serta interaksi reseptor matriks ekstrasel (ECM) seperti ADAMTS5 mungkin mempunyai peranan yang signifikan dalam kerintangan tiopurina kerana gen-gen tersebut terlibat dalam mekanisme permodelan dan pemulihan tisu kolon, kemandirian sel, dan apoptosis. Penemuan ini adalah unik bagi kajian ini kerana tiada pemerhatian yang sama dilaporkan oleh kajian lain. Selain itu, hasil daripada analisis penyaringan fungsi protein juga mencadangkan bahawa varian dalam gen yang terlibat dalam patofisiologi IBD memainkan peranan penting dalam kegagalan rawatan tiopurina. Varian dalam gen yang merencat proses apoptosis, seperti CIDEB, dan pemulihan DNA (MDC1, RAD9A, TREX2) mungkin mempunyai kesan besar terhadap kerintangan tiopurina. Kesimpulannya, kajian ini tidak menunjukkan korelasi yang signifikan antara kepekatan metabolit tiopurina dengan hasil rawatan dalam kohort pesakit IBD ini. Walau bagaimanapun, pemerhatian ini perlu ditakrif dengan berhati-hati kerana saiz kohort yang kecil. Penemuan penjujukan keseluruhan eksom terutamanya peranan gen-gen dalam laluan ECM telah memberi penjelasan yang baharu terhadap mekanisme kerintangan tiopurina dan juga hala tuju yang penting bagi kajian berkenaan pada masa depan. Kajian lanjutan perlu memberi lebih tumpuan kepada kesan varian dalam penanda genetik yang berkaitan dengan ECM terhadap kegagalan rawatan tiopurina yang melibatkan kohort pesakit IBD yang lebih besar.,Ijazah Sarjana Sains (Farmasi) | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Rawatan Tiopurina | |
dc.subject | Tiopurina | |
dc.subject | Usus Inflamatori | |
dc.subject | Inflammatory Bowel Diseases | |
dc.title | Mengenal pasti faktor metabolik dan genetik yang mempengaruhi hasil rawatan tiopurina dalam penyakit usus inflamatori | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 154 | |
dc.identifier.callno | 9 Tesis QV20.5.L732m 2020 | |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118181+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.