Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456141
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Hanif Bin Zulfakar, Dr.
dc.date.accessioned2023-09-11T08:03:03Z-
dc.date.available2023-09-11T08:03:03Z-
dc.date.issued2020-09-03
dc.identifier.otherukmvital:118176
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456141-
dc.descriptionSuntikan subkutaneus insulin merupakan salah satu terapi untuk rawatan diabetes melitus jenis I dan II. Namun begitu, masalah berkaitan penyuntikan seperti sakit pada tempat suntikan dan lipodistrofi akibat cara penyuntikan yang salah menjadi satu cabaran yang akan mempengaruhi pematuhan pesakit terhadap terapi. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan formulasi filem bukal yang mengandungi insulin dan Aloe vera dan menguji keberkesanannya dalam rawatan diabetes. Komposisi filem bukal terpilih yang terdiri daripada 3% b/b SCMC, 40% i/i gliserol, 70% i/i gel A. vera, 0.5% b/i manitol, 0.125% b/i aspartame, 0.125% i/i polisorbat 80, dan 30.6 mg insulin dipilih berdasarkan ujian optimisasi pencirian organoleptik, pencirian sifat mekanik, dan analisa kandungan dadah. Pencirian sifat fizikokimia, termasuk ciri organoleptik, berat dan ketebalan filem, reologi, nilai pH, sifat mekanik, ketahanan lipatan, kandungan kelembapan, keserasian fizikokimia, kelekatan mukosa, pengembangan filem, kandungan dadah, profil pelepasan bahan aktif, dan kestabilan fizikal dijalankan pada formulasi filem terpilih. Penilaian kadar penurunan glukosa darah dan ujian histopatologi dijalankan dengan menggunakan model arnab yang diaruh aloksan sebagai model untuk diabetes. Keputusan menunjukkan filem bukal terpilih yang disediakan mempunyai ciri formulasi yang baik. Ia menunjukkan keseragaman berat dan ketebalan filem, ciri organoleptik, nilai pH, sifat mekanik dan kandungan kelembapan yang sesuai di samping pelepasan dadah secara beransur untuk tempoh enam jam. Filem bukal terpilih berkesan dalam mengurangkan glukosa darah arnab berbanding kumpulan kawalan negatif (p >0.05). Kesimpulannya, filem bukal terpilih telah menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan paras glukosa darah walaupun keberkesanan yang lebih tinggi telah ditunjukkan oleh filem bukal insulin yang mempunyai komposisi yang sama seperti filem bukal terpilih tanpa penambahan gel A. vera.,IJAZAH SARJANA SAINS (FARMASI)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi
dc.rightsUKM
dc.subjectDiabetik
dc.subjectGlukosa
dc.subjectPlants
dc.subjectMedicinal
dc.titleKeserasian fizikokimia dan aktiviti penurunan glukosa sistem penghantaran bukal insulin-aloe vera dalam arnab diabetik yang diaruh aloksan
dc.typetheses
dc.format.pages155
dc.identifier.callno9 Tesis QV766.H511k 2020
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118176+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
834.77 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.