Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456139
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEndang Kumolosasi, Prof Madya Dr-
dc.contributor.authorNoor Safwah Bt Damanhuri (P78604)-
dc.date.accessioned2023-09-11T08:03:03Z-
dc.date.available2023-09-11T08:03:03Z-
dc.date.issued2019-05-09-
dc.identifier.otherukmvital:116078-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456139-
dc.descriptionHelicobacter pylori merupakan bakteria karsinogenik yang dapat merangsang ekspresi p-glikoprotein (p-gp) pada perut manusia. Pelekatan bakteria pada perut boleh dipengaruhi oleh aras p-gp. P-gp adalah pam efluks dadah yang bersatu pada Adenosina Trifosfat (ATP) yang terdapat banyak pada perut dan ia memainkan peranan yang penting dalam melindungi perut daripada bendasing. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan pengaruh perencat pam proton terhadap p-gp pada titisan sel usus adenokarsinoma dan tikus yang telah dimodulasi p-gp, justeru berhubungkait dengan pelekatan H. pylori. Pelekatan H. pylori pada titisan sel Caco-2 dan LS174T yang telah diberi rawatan dengan omeprazol dan esomeprazol ditentukan bacaan menggunakan keamatan pendarflour. Seterusnya, ekspresi p-gp bagi sel yang diberi rawatan perencat pam proton ditentukan melalui analisa imunoblot Western. Kajian in vivo dijalankan pada 90 ekor tikus Sprague Dawley yang dibahagikan kepada 3 kumpulan: p-gp normal, p-gp diaruh dan p-gp direncat. Kesemua tikus ini diberi perangsang p-gp (rifampisin) dan perencat p-gp (siklosporin A) selama 14 hari kecuali p-gp normal sebelum diberi infeksi H. pylori selama seminggu. Tikus daripada setiap kumpulan kemudiannya dibahagikan kepada kawalan sihat, kawalan pembawa, rejimen A (antibiotik dan omeprazol), rejimen B (antibiotik sahaja) dan regimen C (omperazol sahaja) untuk 2 minggu. Pembentukan ulser ditentukan melalui pemerhatian makroskopik manakala ekspresi p-gp ditentukan melalui analisa imunoblot Western. Perencat pam proton dapat meningkatkan pelekatan H. pylori mengikut kebergantungan masa pada sel LS174T (p < 0.001) dan LS174T yang diaruh oleh rifampisin (p < 0.001) berbanding sel Caco-2. Perencat pam proton dan PSC-833 yang merupakan perencat kepada p-gp menunjukkan penurunan ekspresi p-gp terendah (p < 0.001) pada titisan sel, lalu menyebabkan peningkatan pelekatan H. pylori (p < 0.05) pada sel Caco-2 apabila dibandingkan dengan kawalan normal. Perbezaan signifikan (p < 0.05) ditunjukkan pada ekspresi p-gp antara sel yang diberi rawatan pencegahan dan pembasmian dengan perencat pam proton. Peningkatan ekspresi p-gp ditunjukkan pada tikus diaruh p-gp (2.00 ± 0.68) manakala penurunan ekspresi p-gp ditunjukkan pada tikus direncat p-gp (0.45 ± 0.36) apabila dibandingkan dengan tikus p-gp normal (1.00 ± 0.00). Tikus kumpulan pembawa menunjukkan indeks ulser tertinggi pada tikus direncat p-gp (11.23 ± 0.39, p < 0.001) apabila dibandingkan dengan tikus p-gp normal (9.14 ± 0.41). Keparahan ulser oleh infeksi H. pylori turut ditunjukkan melalui peningkatan luas permukaan ulser (0.31 ± 0.13), indeks organ (0.009 ± 0.001) dan pH gastrik (7.66 ± 0.9) pada tikus direncat p-gp. Berikutan itu, peningkatan ekspresi p-gp ditunjukkan pada kesemua tikus modulasi p-gp yang diinfeksi H. pylori. Selain peratus penyembuhan ulser tertinggi ditunjukkan pada regimen A (83%), diikuti rejimen B (74%) dan C (62%), rejimen A (0.26 ± 0.14) turut menunjukkan penurunan ekspresi pgp apabila dibandingkan dengan regimen B (0.38 ± 0.17) dan C (0.56 ± 0.28) pada kesemua tikus modulasi p-gp. Tikus diaruh p-gp yang diberi regimen A (2.49 ± 0.50, p < 0.05) menujukkan signifikansi berbanding tikus p-gp normal (1.00 ± 0.0) tetapi tidak pada tikus direncat p-gp (0.69 ± 0.53). Hal ini menunjukkan rifampisin apabila diberi bersama rawatan piawai berkebolehan dalam merawat eradikasi H. pylori. Oleh itu, cadangan ubat terbaru seperti rifabutin atau vonoprazon yang diberi bersama rawatan piawai berkemungkinan membantu dalam kadar pembasmian H. pylori dan seterusnya menanggani masalah rintangan pelbagai ubat (MDR1). Secara kesimpulanya, hasil kajian in vitro dan in vivo mencadangkan p-gp mempengaruhi kesan rejimen ubat yang digunakan dalam rawatan.,Ijazah Sarjana Farmasi-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPerut-
dc.subjectHelicobacter pylori-
dc.subjectBakteria-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengaruh p-glikoprotein terhadap rejimen rawatan untuk eradikasi helicobacter pylori in vitro dan in vivo-
dc.typetheses-
dc.format.pages209-
dc.identifier.callnoQW154.N818p 2019-
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116078+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.