Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456136
Title: Aktiviti perencatan xantina oksidase dan 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH) daripada spesies myrsinaceae terpilih dan hubungkaitnya dengan jumlah kandungan fenolik
Authors: Norlida Mamat (P46229)
Supervisor: Jamia Azdina Jamal, Prof. Madya Dr.
Keywords: Plants
medicinal -- Malaysia
Xanthine Oxidese -- Malaysia
Uric Acid -- malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Jul-2011
Description: Xantina oksidase (XO) merupakan enzim yang memangkinkan metabolisme hipoxantina dan xantina kepada asid urik. Penghasilan asid urik yang berlebihan menyebabkan gout dan inflamasi. XO juga merupakan sumber biologi radikal bebas berunsurkan oksigen yang penting. Ia menyebabkan kerosakan oksidatif yang terlibat dalam kebanyakan proses patologi seperti inflamasi, arterosklerosis, kanser dan penuaan. Kebanyakan sebatian fenolik didapati menjadi perencat XO yang baik dan secara kemotaksonominya spesies Myrsinaceae adalah kaya dengan fenolik. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti spesies Myrsinaceae dari Malaysia yang mempunyai potensi merencat XO dan 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH) serta hubungkaitnya dengan kandungan fenolik total. Aktiviti perencatan XO dijalankan ke atas pelbagai fraksi diklorometana, metanol dan akues daripada setiap bahagian tumbuhan yang berbeza dari 12 spesies iaitu Ardisia crassa, A. colorata, A. elliptica, A. hulleti, A. kunstleri, A. porosa, A. pachysandra, Embelia coriacea, E. myrtillus, Labisia pumilavar. alata, Maesa ramentacea dan Rapanea porteriana. Perencatan XO diukur secara spektrofotometrik pada panjang gelombang 290 nm menggunakan alopurinol sebagai kawalan positif. Daripada 129 fraksi yang diuji pada 100 ?g/mL, 98 fraksi (76%) didapati mempunyai aktiviti perencatan XO dan 14 fraksi (10.9%) menunjukkan perencatan melebihi 50%. Fraksi diklorometana akar L. pumila var. alata menunjukkan aktiviti perencatan paling tinggi dengan nilai IC50 4.81 ?g/mL, diikuti oleh fraksi diklorometana batang A. elliptica (IC50 5.35 ?g/mL) dan fraksi diklorometana kulit batang A. colorata (IC50 5.60 ?g/mL) berbanding alopurinol (IC50 0.15 ?g/mL). Kesemua fraksi diklorometana kemudian diuji ke atas aktiviti perencatan radikal bebas DPPH untuk mengenalpasti potensi antioksidan. Kesemua fraksi berupaya merencat aktiviti DPPH pada 250 ?g/mL. Fraksi yang mempunyai aktiviti paling efektif adalah akar L. pumila var. alata dengan IC50 1.68 ?g/mL diikuti oleh fraksi akar A. kunstleri (IC50 4.22 ?g/mL) dan fraksi kulit batang A. porosa (IC50 4.47 ?g/mL). Kandungan fenolik total bagi semua fraksi diklorometana kemudian diukur menggunakan kaedah Follin Ciocalteu berdasarkan keseimbangan asid galik (GAE). Keputusan menunjukkan julat kandungan fenolik yang besar iaitu dari 86.67 hingga 459 mg GAE/g fraksi. Fraksi diklorometana daun A. pachysandra menunjukkan kandungan fenolik total yang paling tinggi dengan 459 mg GAE/g. Walau bagaimanapun, wujud korelasi yang rendah secara signifikan antara kandungan fenolik total dengan aktiviti perencatan xantina oksidase (r=0.313, p<0.05) dan aktiviti perencatan DPPH (r=0.307, p<0.05). Secara kesimpulannya, keputusan ini menunjukkan spesies Myrsinaceae mungkin mengandungi sebatian yang berguna tetapi tidak semestinya sebatian fenolik sebagai perencat XO untuk rawatan gout.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains
Pages: 111
Call Number: QV766.N822a 2011 9 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114900+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.