Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456135
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJuriyati Jalil, Dr.-
dc.contributor.authorNoraziah Nordin (P43492)-
dc.date.accessioned2023-09-11T08:03:01Z-
dc.date.available2023-09-11T08:03:01Z-
dc.date.issued2011-04-04-
dc.identifier.otherukmvital:114884-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456135-
dc.descriptionFaktor pengaktif platelet (PAF) adalah pengantara yang penting dalam proses inflamatori. Rangsangan oleh agonis PAF di dalam badan menjadi pengantara terhadap keadaan fisiologi dan juga patologi seperti inflamasi alergi, anafilaksis dan asma. Oleh itu, penglibatan antagonis PAF dapat mengurangkan keupayaan agonis PAF untuk terikat kepada reseptornya. Melalui kajian ini, ekstrak metanol daripada 22 spesies Annonaceae telah diuji kesan perencatannya terhadap pengikatan reseptor PAF pada kepekatan 18.2 gmL-1 menggunakan platelet arnab. Kesan perencatan daripada sembilan sebatian flavonoid yang biasa ditemui dalam spesies Annonaceae juga diuji pada pengikatan reseptor PAF. Asai pengikatan reseptor PAF melibatkan pengasingan platelet daripada arnab putih New Zealand menggunakan teknik pengemparan, penyediaan campuran tindak balas (suspensi platelet, 3H-PAF, PAF tidak berlabel, sampel dan larutan kawalan) serta pemisahan ligan yang bebas dan terikat menggunakan teknik penurasan dengan cell harvester. Radioaktiviti diukur menggunakan alat penghitung sintilasi cecair. Kawalan positif yang digunakan adalah sedrol yang mana merupakan antagonis PAF semulajadi. Sebanyak 61 ekstrak daripada 22 spesies Annonaceae diuji kesan perencatan pengikatan reseptor PAF pada kepekatan 18.2 ?gmL-1 menggunakan 3H-PAF sebagai ligan. Keputusan menunjukkan bahawa 18 ekstrak memberikan kesan perencatan yang signifikan dengan bacaan IC50 di antara 3.2 hingga 10.6 ?gmL-1. Berdasarkan keputusan ini, Enicosanthellum pulchrum (King) Heusden telah dipilih untuk kajian seterusnya iaitu pemisahan berpandukan bioasai menggunakan teknik kromatografi (KCV, KT, KR, KLN dan KLN prep.) serta teknik spektroskopi (UL, SJ, RMN-1H dan RMN-13C). Semua bahagian E. pulchrum iaitu daun, batang, kulit dan akar telah diekstrak dengan tiga pelarut berturut-turut iaitu heksana, etil asetat dan metanol menggunakan kaedah soxhlet untuk memperoleh 12 ekstrak mentah. Tiga ekstrak yang menunjukkan aktiviti yang kuat dalam asai PAF melebihi 80.0% perencatan telah dipilih untuk pemisahan seterusnya. Pemisahan berpandukan biosai terhadap ekstrak-ekstrak aktif ini menghasilkan enam sebatian tulen iaitu undek-1-ena (53), plagioneurin B (54), liriodenina (55), kleistofolina (56), dihidroanonaina (57) dan 1-(2´,3´,4´- trimetoksifenil)heksan-1-ol (58). Sebatian 56, 57 dan 58 tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding sedrol (p< 0.05) pada kepekatan 18.2 ?gmL-1 dengan perencatan masing-masing sebanyak 65.5%, 62.2% dan 75.0%, manakala nilai IC50 adalah 5.1 x 10-5 M, 4.5 x 10-5 M dan 2.7 x 10-5 M. Keputusan ini menunjukkan bahawa sebatian aktif ini merupakan perencat pengikatan reseptor PAF yang kuat. Daripada semua sebatian flavonoid yang dikaji, sebatian mirisetin (65) dan biokanin A (59) didapati menunjukkan peratus perencatan yang tinggi masing-masing sebanyak 59.8% dan 68.5% dengan nilai IC50 2.8 x 10-5 M dan 2.9 x 10-5 M. Nilai IC50 bagi sebatian-sebatian ini hampir setanding dengan kawalan positif iaitu sedrol (1.4 x 10-5 M). Analisis struktur-aktiviti mendapati bahawa kehadiran kumpulan hidroksil di kedudukan C-3, C-5, C-7, C-3´, C-4´ dan C-5´ pada sebatian mirisetin dan kumpulan metoksi di kedudukan C-5´ pada biokanin A, boleh meningkatkan keupayaan sebatian-sebatian ini untuk terikat pada reseptor PAF. Penemuan ini mencadangkan bahawa spesies Annonaceae mempunyai sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan sebagai agen anti-inflamatori yang poten.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFlavonoid-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan perencatan spesies annonaceae terpilih dan flavonoid terhadap pengikatan reseptor faktor pengaktif platelet (PAF) secara in vitro-
dc.typetheses-
dc.format.pages187-
dc.identifier.callnoQK898.N822k 2011 9 tesis-
dc.identifier.barcode002464(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114884+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.