Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456134
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Fuad Shamsuddin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorBayu Eko Prasetyo (P49233)-
dc.date.accessioned2023-09-11T08:03:00Z-
dc.date.available2023-09-11T08:03:00Z-
dc.date.issued2011-07-11-
dc.identifier.otherukmvital:114851-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456134-
dc.descriptionPropofol adalah satu agen anestetik yang diguna semasa pembedahan. Suntikan emulsi Propofol dalam pasaran mengguna minyak soya sebagai agen penghantar ubat (pembawa). Penyelidikan ini bertujuan untuk membangun satu formulasi suntikan Propofol dengan mengguna nanoemulsi berasas minyak sawit dengan campuran minyak kelapa sebagai pembawa (Propofol dalam NEMS™). Formulasi nanoemulsi terdiri daripada campuran 5% minyak sawit dan 5% minyak kelapa. Formulasi Propofol 1% (formulasi A1 - A5) dan 2% (formulasi B1 - B5) dengan pelbagai kepekatan lesitin telur (agen pengemulsi) telah disediakan. Formulasi yang mempamer profil kestabilan terbaik dipilih untuk kajian. Profil kestabilan fizikokimia dan kestabilan dipercepatkan yang meliputi saiz globul, potensial zeta, pH dan kelikatan bagi formulasi terpilih juga ditentukan. Kajian farmakokinetik dan farmakodinamik formulasi ini telah dilakukan ke atas tikus Sprague Dawley. Diprivan® (nanoemulsi Propofol 1%), yang diguna dalam amalan klinikal, adalah formulasi piawai dalam penyelidikan ini. Formulasi A3 dan formulasi B3 masing-masing dipilih sebagai formulasi Propofol 1% dalam NEMS™ dan Propofol 2% dalam NEMS™. Kedua-dua formulasi mengandungi lesitin telur dengan kepekatan 1.2%. Formulasi Propofol 1% dalam NEMS™ menghasilkan purata garis pusat globul emulsi 174±0.31 nm dengan nilai Dv 90 284±1.20 nm, potensial zeta -43.37±0.96 dan pH 7.32±0.02. Formulasi Propofol 2% dalam NEMS™ pula menghasilkan purata garis pusat globul emulsi 175.80±1.80 nm dengan nilai Dv 90 304±2.0 nm, potensial zeta -40.97±1.36 dan pH 7.52±0.02. Kelikatan formulasi Propofol 1% (1.61±0.07 cps) propofol 2% dalam NEMS™ (1.73±0.11 cps) adalah tidak berbeza cecara signifikan (p>0.05) berbanding Diprivan® (1.69±0.06 cps). Ujian dipercepatkan seperti kajian penggoncangan selama 12 jam, proses autoklaf pada suhu 121oC selama 15 minit, proses pengemparan dan juga proses kajian penyimpanan pada suhu berbeza menunjukkan formulasi nanoemulsi yang stabil tanpa perubahan sifat fizikal. Kajian beku-cair menyebabkan peningkatan pada saiz globul >1?m. Kajian kestabilan ke atas kedua-dua formulasi menunjukkan formulasi nanoemulsi yang stabil berdasarkan nilai Dv 90, potensi zeta dan pH apabila ianya disimpan pada suhu 4±1oC selama 6 bulan. Kepekatan Propofol tidak berubah selepas formulasi nanoemulsi disimpan selama enam bulan pada suhu 4±1oC dan 16±1oC. Kepekatan Propofol bebas dalam fasa air bagi formulasi Propofol 1% dalam NEMS™ dan Diprivan® masing-masing ialah 6.20±0.03μg/mL dan 15.02±0.33 μg/mL (p<0.05) manakala formulasi nanoemulsi Propofol 2% dalam NEMS™ memberikan kepekatan Propofol bebas sebanyak 10.55±0.23 μg/mL. Ujian farmakodinamik (ujian tidur sedar) pada tikus jantan menunjukkan perbezaan yang tidak signifikan (p>0.05) untuk kesemua formulasi yang diuji pada masa pergerakan pertama, tindakbalas pembetulan pergerakan dan kesedaran penuh. Ujian jilatan tapak kaki tikus menunjukkan formulasi Propofol 1% dalam NEMS™ mengurangkan kepedihan secara signifikan (p<0.05) berbanding Diprivan®. Kajian farmakokinetik menunjukkan bahawa formulasi Propofol 1% dan 2% dalam NEMS™ mempunyai profil yang sama berbanding Diprivan® (p>0.05). Kesimpulannya, Formulasi Propofol 1% dalam NEMS™ dan formulasi Propofol 2% dalam NEMS™ adalah stabil. Penyelidikan ini menunjukkan bahawa nanoemulsi berasas minyak sawit dengan campuran minyak kelapa boleh dijadikan sebagai medium penghantar alternatif bagi propofol.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPharmacologic Actions-
dc.subjectDrug Therapy-
dc.subjectChemical Actions-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan formulasi suntikan propofol menggunakan nanoemulsi berasaskan minyak sawit dengan campuran minyak kelapa sebagai sistem penghantaran ubat-
dc.typetheses-
dc.format.pages167-
dc.identifier.callnoQV38.P911 2011 9 tesis-
dc.identifier.barcode002458(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114851+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
221.46 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.