Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456125
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorsyahida bt Mohd Fauzi, Dr.
dc.contributor.authorLee Jian Sian (P75342)
dc.date.accessioned2023-09-11T08:02:56Z-
dc.date.available2023-09-11T08:02:56Z-
dc.date.issued2017-05-11
dc.identifier.otherukmvital:98512
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456125-
dc.descriptionPenyakit kardiovaskular (CVD) merupakan salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia pada abad ini. Inflamasi memainkan peranan dalam semua peringkat pembentukan aterosklerosis yang merupakan salah satu faktor risiko utama bagi CVD. Perencatan penghasilan sitokin proinflamasi telah menjadi sasaran yang berpotensi untuk mengurangkan inflamasi terutamanya dalam aterosklerosis. Kalkon (1,3-diaril-2-propen-1-on) adalah prekursor untuk penghasilan flavonoid dan isoflavonoid yang boleh didapati pada tumbuhan yang boleh dimakan. Terbitan kalkon telah dilaporkan mempunyai pelbagai aktiviti farmakologi seperti anti-asma, anti-bakteria, anti-inflamasi dan anti-kanser. Kurkumin [(1E,6E)-1,7-bis(4-hidroksi-3-metoksifenil)-1,6-heptadiena-3,5-dion] adalah kurkuminoid yang boleh didapati dalam Curcuma longa. Analog kurkumin telah dilaporkan mengandungi pelbagai aktiviti farmakologi seperti anti-inflamasi, anti-kanser, anti-oksidatif dan perlindungan pada jantung. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan perencatan sebatian terbitan kalkon dan analog kurkumin terhadap perembesan interleukin-6 (IL-6) dan interleukin-8 (IL-8) aruhan lipopolisakarida (LPS) pada sel selanjar monosit U937 yang mengalami penswabezaan oleh forbol miristat asetat (PMA) serta kesan sebatian ini terhadap penghasilan nitrik oksida dan peroksidasi lipid aruhan LPS di dalam sel selanjar makrofaj RAW264.7. Sebanyak enam sebatian terbitan kalkon (1.1-1.6) dan enam sebatian analog kurkumin (2.1-2.6) telah digunakan dalam kajian ini. Sel dirawat dengan sebatian kajian dan diteruskan dengan aruhan LPS. Asai sitotoksisiti telah dilakukan untuk menentukan kesan sitotoksisiti sebatian ini terhadap makrofaj. Sebatian yang menunjukkan 80% kebolehhidupan sel pada makrofaj telah dipilih untuk asai yang seterusnya, iaitu asai imunoserap terangkai enzim (ELISA), asai Western imunoblot, asai Griess dan asai peroksidasi lipid. Kajian ini menunjukkan bahawa hanya sebatian terbitan kalkon 1.5 berkesan untuk merencat perembesan IL-6 dan IL-8 aruhan LPS pada sel selanjar U937 penswabezaan PMA. Sebatian ini juga merencat fosforilasi tapak jalan kinas (N)-terminal c-Jun (JNK) dan kinas kawalaturan isyarat ekstraselular (ERK) tetapi bukan tapak jalan faktor nuklear kappa B (NF??B). Tiga terbitan kalkon (sebatian 1.1, 1.4 dan 1.5) dan tiga analog kurkumin (sebatian 2.1, 2.3 dan 2.6) boleh mengekalkan 80% kebolehhidupan sel selanjar RAW264.7. Sebatian analog kurkumin 2.6 berkesan untuk merencat penghasilan nitrik oksida aruhan LPS pada sel selanjar RAW264.7 secara signifikan. Sebatian 1.4, 1.5, 2.1, 2.3 dan 2.6 juga menunjukkan perencatan peroksidasi lipid aruhan LPS secara signifikan pada sel selanjar RAW264.7. Keputusan kajian ini mencadangkan bahawa terbitan kalkon dan analog kurkumin berpotensi untuk dikembangkan sebagai agen anti-inflamasi.,Ijazah Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi
dc.rightsUKM
dc.subjectPenyakit kardiovaskular
dc.subjectAterosklerosis
dc.subjectMakrofaj
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan perencatan terbitan kalkon dan analog kurkumin terhadap penghasilan sitokin teraruh lipopolisakarida di dalam makrofaj
dc.typetheses
dc.format.pages148
dc.identifier.callnoQV20.5.L477k 2017 9
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98512+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
977.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.