Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456121
Title: Misel kopolimerik tri-blok responsif-ph bersama dengan peptida penembusan sel membekalkan penyampaian doksorubisin yang berkesan
Authors: Ng Khen Eng (P74248)
Supervisor: Mohd. Cairul Iqbal Mohd. Amin, Prof. Dr.
Keywords: Misel polimerik (PM)
Asid kolik-polietilenimina-poli-L-arginina (CA-PEI-pArg)
Terapi kanser
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Apr-2017
Description: Kajian ini telah menghasilkan misel polimerik (PM) tri-blok yang responsif-pH dengan menggunakan kopolimer asid kolik-polietilenimina-poli-L-arginina (CA-PEI-pArg). CA yang mempunyai sifat amfifilik telah digunakan sebagai teras hidrofobik untuk memuatkan doksorubisin (DOX); PEI digunakan sebagai tulang belakang dalam kopolimer tersebut untuk memberi sifat sensitif-pH; dan peptida pArg yang berupaya untuk menembusi sel membran digunakan sebagai petala hidrofilik untuk menggalakkan penembusan PM ke dalam sel. Kopolimer CA-PEI-pArg disintesiskan melalui proses pengamidaan perantara karbodiimida. PM kemudiannya disediakan menggunakan kaedah pengemulsian. Kepekatan misel kritikal (CMC), saiz partikel dan potensi zeta pula ditentukan melalui kaedah penyerakan cahaya dinamik (DLS). Kajian pengambilan sel dijalankan menggunakan sitometri aliran dan mikroskopi mengimbas laser sefokus. Kesan kesitotoksikan misel kosong dan misel bermuatan DOX dikaji melalui asai MTT. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kopolimer berkumpul atur sesama sendiri untuk membentuk PM dalam larutan akueus apabila mencapai CMC (2.98 x 10-7 M) dan memuatkan DOX di dalam bahagian teras dengan kecekapan pemerangkapan sebanyak 37.4% (w/w). PM yang terbentuk berbentuk sfera dengan potensi zeta bercas positif. PM juga menunjukkan pembengkakan bersandarkan pH, di mana saiz partikel meningkat hampir 8 kali ganda (kira-kira 100 nm kepada 800 nm) dari pH 7.4 - 5.0. Pelepasan DOX juga bersandarkan pH, dengan hampir 65% dilepaskan pada pH 5.0 dan 32% pada pH 7.4. Model kinetik pelepasan paling sesuai yang berbeza dicatatkan pada pH 5.0 (tertib petama) dan pH 7.4 (Korsmeyer-Peppas) juga menunjukkan bahawa pelepasan dadah adalah bersandarkan pH. Pengambilan DOX oleh sel yang dinilai melalui mikroskopi mengimbas dan mikroskopi aliran telah ditingkatkan dengan menggunakan PM berbanding penggunaan DOX bebas. Tambahan pula, pengeraman PM bermuatan DOX dalam titisan sel kanser payudara manusia (MCF-7) selama 24 jam menghasilkan kesan sitotoksisiti yang lebih tinggi berbanding dengan DOX bebas. Selain itu, sebanyak 90% sel didapati masih hidup apabila 250 µg/mL misel CA-PEIpArg kosong dirawat pada titisan sel hepar manusia (WRL-68), mencadangkan bahawa misel adalah selamat digunakan pada kepekatan yang kurang daripada 250 µg/mL. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa misel CA-PEI-pArg responsif-pH berpotensi untuk digunakan sebagai suatu sistem penyampaian dalam terapi kanser secara sasaran dengan menggunakan dadah hidrofobik.,Ijazah Sarjana Sains Farmasi
Pages: 112
Call Number: QV20.5.N576m 2017 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97172+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
358.02 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.