Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456120
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairana Husain, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Syafiq Shahari (P77286)-
dc.date.accessioned2023-09-11T08:02:54Z-
dc.date.available2023-09-11T08:02:54Z-
dc.date.issued2017-01-23-
dc.identifier.otherukmvital:97171-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456120-
dc.descriptionKopsia larutensis King & Gamble tergolong di dalam famili Apocynaceae sering digunakan dalam perubatan tradisional. Kajian menggunakan ekstrak dan sebatian tulen yang dipencil daripada spesies Kopsia memberi pelbagai aktiviti biologi. Kajian ini menguji aktiviti perencatan histamin dan beta-heksosaminidase sel 'rat basophilic leukemia-2H3' (RBL-2H3) oleh alkaloid mentah dan sebatian alkaloid indola yang dipisahkan daripada bahagian akar, kulit batang dan daun K. larutensis. Pelbagai teknik kromatografi dan spektroskopi digunakan untuk memencil sebatian alkaloid indola daripada bahagian kulit batang, daun dan akar K. larutensis. Kesan perencatan histamin dan beta-heksosaminidase dalam (RBL-2H3) oleh sebatian alkaloid indola ditentukan dengan menggunakan teknik asai imunojerapan berpaut enzim (ELISA) manakala, kesan sitotoksiknya ditentukan dengan menjalankan asai 3-(4, 5-dimetiltiazol-2-Yl)-2, 5-difeniltetrazolium (MTT). Ujian penyaringan awal aktiviti perencatan pembebasan histamin dan beta-heksosaminidase dengan menggunakan alkaloid mentah daripada pelbagai bahagian K. larutensis menunjukkan kulit batang (IC10 = 2.17 µg/mL) dan daun (IC10 = 3.01 µg/mL) mempunyai peratus perencatan histamin dan beta-heksosaminidase yang tertinggi berbanding bahagian yang lain. Empat sebatian alkaloid indola telah dikenalpasti, dimana satu sebatian baru ditemui iaitu kopsilarutensis (18), manakala sebatian tetrahidroalstonin (19) yang pernah dilaporkan dalam spesies Kopsia lain pertama kali dilaporkan dalam spesies K. larutensis bersama-sama dengan dua sebatian yang telah diketahui iaitu (-)-eburnamina (9) dan kopsinina (15). Keputusan kajian mendapati, tetrahidroalstonin (IC10 = 11.78 µg/mL) memberikan peratus perencatan histamin dan beta-heksosaminidase tertinggi. Sebatian (-)-eburnamina (9) dan kopsinina (15) menunjukkan peratus perencatan yang sederhana manakala sebatian kopsilarutensis (18) memberikan peratus perencatan yang rendah. Perencatan aktiviti beta-heksosaminidase turut ditentukan dan didapati kesemua sebatian memberi peratus perencatan yang rendah. Keputusan ini menunjukkan sampel sebatian alkaloid indola merencat degranulasi tanpa melibatkan perencatan aktiviti enzim. Keputusan kajian ini disokong oleh data simulasi doking dimana sebatian tetrahidroalstonin terikat pada αAsn423 and αArg424 yang terlibat dalam proses pengikatan substrat. Kesimpulannya, keempat-empat alkaloid indola yang dipencil daripada K. larutensis berpontensi untuk dijadikan agen alternatif bagi rawatan alergi.,Ijazah Sarjana Sains (Farmasi)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKopsia larutensis King & Gamble-
dc.subjectPerubatan tradisional-
dc.subjectKromatografi-
dc.subjectSpektroskopi-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian ke atas ekstrak dan sebatian alkaloid indola daripada kopsia larutensis king & gamble terhadap perencatan histamin dan beta-heksosaminidase dalam sel RBL-2H3-
dc.typetheses-
dc.format.pages127-
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97171+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
353.13 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.