Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456118
Title: Pembinaan alat bantuan membuat keputusan bersama untuk rawatan antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan di kalangan remaja
Authors: Irma Wati binti Ngadimon (P75340)
Supervisor: Farida Hanim Islahudin, Dr.
Keywords: Kerintangan antibiotik
pernafasan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Aug-2016
Description: Kerintangan antibiotik kini menjadi suatu ancaman global yang membimbangkan lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda. Antara faktor utama adalah penggunaan antibiotik secara berlebihan dan kurang pengetahuan. Membuat keputusan bersama (MKB) dikenal pasti antara strategi yang efektif untuk mengekang kerintangan antibiotik melalui kerjasama pesakit dan pengamal perubatan profesional. Namun begitu, kajian mengenai MKB di Malaysia masih kurang. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengaplikasikan MKB dalam amalan farmasi dengan bantuan alat sokongan demi memperbaiki tahap pengetahuan dan sikap terhadap antibiotik. Untuk mendapatkan maklumat asas tentang tahap pengetahuan, sikap terhadap antibiotik serta pilihan peranan dalam MKB, suatu kajian keratan rentas ke atas pelajar sekolah menengah berusia 13 hingga 17 tahun telah dijalankan (n=1105). Didapati majoriti (n= 786, 71.13%) memiliki tahap pengetahuan lemah (purata skor 3.56±0.064 per 12) dan sikap negatif (purata skor 3.30±0.05 per 8), dengan satu pertiga responden memilih peranan kolaboratif dalam MKB (n=360, 32.6%) (aktif: n= 408, 37%, pasif: n=337, 30.5%). Pendidkan antibiotik telah diberikan kepada remaja yang berbentuk ceramah bertajuk “Antibiotik dan kesan kerintangan antibiotik”. Kemudian, kajian kesan sebelum dan selepas pendidikan antibiotik ke atas remaja dilakukan (n=510). Didapati peningkatan signifikan dalam skor pengetahuan (3.17±1.810 kepada 6.81± 2.137, p<0.001) dan skor sikap (3.33±1.655 kepada 5.42±1.859, p=0.003) selepas pendidikan antibiotik diberikan. Peningkatan serupa didapati pada jumlah responden yang memilih peranan kolaboratif (28% kepada 40.6%, p=0.001). Lanjutan itu, informasi yang digunakan semasa pendidikan antibiotik digunakan untuk membina alat bantuan yang telah dihantar kepada 608 ahli farmasi di seluruh negara untuk mendapatkan pandangan profesional. Maklum balas dari ahli farmasi telah dianalisis menggunakan teknik pengasingan berdasarkan median untuk diperhalusi. Alat bantuan yang telah diperhalusi tadi telah diuji penerimaannya ke atas ahli farmasi (n=40) dan mendapat maklum balas yang positif, di mana kesemua ahli farmasi bersetuju bahawa alat ini berguna dalam tugasan mereka (Senario A: n=20, 100%; Senario B: n=20, 100%). Di kalangan 20 orang remaja yang mahu mendapatkan antibiotik tanpa preskripsi di farmasi, kesemua mereka bersetuju bahawa alat ini membantu dalam membuat keputusan (Senario A: n=20, 100%). Begitu juga di kalangan remaja yang datang ke farmasi bersama preskripsi antibiotik, kesemua mereka merasakan proses MKB berguna (Senario B: n=20, 100%). Kesimpulannya, pakej pendidikan antibiotik dapat menggalakkan penglibatan remaja dalam MKB. Didapati alat bantuan yang dibina boleh digunakan untuk membantu kelancaran MKB di kalangan remaja yang melibatkan antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan.,Ijazah Sarjana Sains
Pages: 154
Call Number: QV20.5.I69p 2016 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96687+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
234.8 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.