Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456109
Title: Pelestarian penggunaan manik dalam kalangan masyarakat Orang Ulu Sarawak
Authors: Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan (P72370)
Supervisor: Zuliskandar Ramli, Prof.Madya Dr.
Keywords: Manik
Objek budaya
Orang Ulu -- Sarawak
Reka corak
Hasil seni
Issue Date: 20-Jun-2022
Description: Manik merupakan salah satu daripada hasil seni yang paling dikagumi oleh masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Manik turut menjadi objek budaya yang telah dibudayakan dalam aktiviti seharian masyarakat di sana. Penyelidik mendapati kebanyakan manik yang dihasilkan mempunyai makna dan fungsi yang tersendiri. Ia dapat dilihat pada jenis reka corak dan reka bentuk yang dihasilkan. Manik yang dijumpai pada zaman dahulu diperbuat daripada pelbagai bahan seperti kulit kerang, biji buah-buahan, kuku, gigi dan tulang binatang yang dicucukkan dengan tali. Manik-manik ini telah dibawa masuk ke Sarawak melalui Mesir, Greece, India dan China sejak beratus tahun dahulu.Di antara manik yang masih digunakan sehingga kini ialah manik dari jenis kaca,seramik, permata dan batu akik. Permasalahannya, berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan, penyelidik mendapati bahawa manik telah menjadi perhiasan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat Orang Ulu sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Persoalannya, apakah jenis-jenis manik yang masih digunakan dalam kalangan masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Bagi menjawab persoalan kajian ini, kaedah kualitatif melalui kajian lapangan telah digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci. Hasil kajian mendapati bahawa reka bentuk manik yang telah dihasilkan adalah menggunakan motif alam, fauna dan abstrak. Setiap jenis motif atau corak pada manik yang dihasilkan tidak boleh digunakan sesuka hati. Ini kerana mempunyai pantang larang dan makna mengikut kelompok yang menunjukkan kelas atau darjat yang berbeza. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa reka bentuk dan reka corak manik mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Perkara ini dapat menunjukkan ketelitian dan kehalusan kerja tangan masyarakat Orang Ulu di Sarawak.Selain itu, setiap jenis manik yang dihasilkan menceritakan tentang adat dan budaya kehidupan setiap suku kaum Orang Ulu di Sarawak.Kesimpulannya, penyelidik berharap agar kajian ini dapat melestarikan lagi kesenian manik supaya kehalusan kerja tangan masyarakat Orang Ulu terus dapat dilihat dan dinikmati oleh generasi akan datang,Sarjana Persuratan
Pages: 136
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129798+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.