Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456108
Title: Peradaban barat menurut Syed Muhammad Naquib al Attas dan Pendita Za'ba : kajian perbandingan
Authors: Muhamad Hanapi Jamaludin (P54171)
Supervisor: Abdul Latif Samian, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Islamic civilization -- Western influences
Civilization
Western -- Islamic influences
Malays -- Civilization -- Western influences
Issue Date: 11-Jun-2014
Description: semenjak zaman Yunani sehingga zaman sains teknologi masa kini. Seringkali peradaban Barat dilihat sebagai penunjuk aras dalam menentukan banyak perkara terutamanya berkaitan pembangunan dan kemajuan masyarakat di seluruh dunia. Kajian ini menumpukan bagaimana pemikir watan Melayu yang bertunjangkan semangat Islam membicarakan mengenai peradaban barat. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba) telah memberikan sumbangan besar terhadap pembinaan epistemologi Melayu dalam hubungan antara peradaban Islam- Melayu dan peradaban Barat. Kajian mendapati, kedua-dua tokoh membicarakan mengenai kepincangan dan kekeliruan yang terjadi dalam masyarakat Barat terutama dalam persoalan mengenai hakikat kehidupan dan kemajuan malahan turut keliru mengenai tujuan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, terjadinya kerosakan dalam konteks hubungan antara manusia dengan Tuhan, alam dan sesama manusia. Kemajuan yang dicapai oleh Barat tidak seiring dengan pencapaian akhlak dan sahsiah. Namun, terdapat juga kejayaan yang dicapai oleh Barat diraikan oleh keduadua tokoh ini, terutamanya dalam perkara memenuhi kemaslahatan manusia. Kajian ini akan menyumbang kepada korpus ilmu tamadun Melayu dalam menghuraikan mengenai falsafah peradaban Barat khususnya berkaitan aspek teologi. Dengan demikian, kemanfaatan boleh diambil dan kemudaratan boleh dijauhkan, supaya kemajuan yang ingin dicapai oleh masyarakat Alam Melayu sentiasa terpandu dan tidak dikelirukan oleh pandangan alam Barat,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Persuratan
Pages: 276
Call Number: CB251 .M84484 2014 8tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121272+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.