Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456103
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chong Shin, Dr. | |
dc.contributor.author | Jamil Patty (P43309) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T07:35:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T07:35:35Z | - |
dc.date.issued | 2010-09-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:114619 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456103 | - |
dc.description | Tesis ini merupakan kajian terhadap bahasa dan sastera lisan masyarakat desa Latu, Maluku, Indonesia. Aspek-aspek yang dikaji dalam tesis ini termasuk gambaran kawasan kajian dan ringkasan tata bunyi bahasa Latu serta sastera lisannya. Sejak tiga puluh tahun terakhir ini kajian bahasa dan sastera lisan di Maluku jarang diteliti oleh peneliti dapat dikatakan bahasa dan sastera lisan Latu juga tidak pernah didokumentasikan. Oleh itu, kajian yang disajikan di sini merupakan kajian perintis, yang memberikan sumbangan bagi pengenalan bahasa Latu kepada dunia akademik. Dua kaedah utama digunakan dalam kajian ini, iaitu tinjauan pustaka dan kajian lapangan. Pengkajian lapangan dilakukan dengan menggunakan pemerhatian dan temuramah. Pada aspek bahasa kajian ini bertujuan untuk menggambarkan aspek fonologi dan morfologi bahasa Latu. Kajian pada bidang fonologi dimaksudkan untuk memahami fonem yang berbeza. Berdasarkan inventori bahasa Latu terdapat lima vokal yakni /i/, /u/, /e/, /o/, /a/ dan sejumlah sembilan belas konsonan yakni /p, t, c, k, b, d, j, g m, n, s, h, l, r, w, y/. Persebaran berdasarkan kedudukkan konsonan tersebut dalam kata serta dibuktikan dengan pasangan minimal daripada setiap konsonan. Dalam bahasa Latu tidak terdapat diftong hanyalah deretan vokal iaitu /au/, /oi/, /ei/, /au/, /ia/, /uo/, /eu/. Kajian morfologi bahasa Latu belum menampilkan semua unsur morfologi. Hanya beberapa proses morfologi bahasa Latu digambarkan. Namun, afiksasi yang terlihat afiks {a} yang menghasilkan bentu kausatif, {aka} sebagai pembentuk refleksif {-a'-an-} yang menyatakan intensity. Penyalinan kata ganti yang menyatakan penggunaan kata ganti dengan kata kerja dibahas sedikit. Analisis unsur-unsur struktur cerita sastra lisan Latu berfokuskan hal-hal yang menyangkut latar belakang sosial budaya masyarakat Latu, serta kedudukan dan peranan sastra lisan Latu, berdasarkan empat cerita yang dikumpulkan di lapangan: Hatu Manao, Muna, Rupro, dan Kole Lau. Kesemuanya dikaji dengan melihat unsur-unsur struktur cerita yang terdiri atas alur, tema, latar, watak dan penokohan. Sastera lisan Latu merupakan sastera yang erat hubungannya dengan lingkungan alam yang dipengaruhi oleh tingkah laku masyarakatnya sehingga kepercayaan tradisional berpunca dan berpusat kepada larangan dan suruhan serta kepercayaan akan kekuatan ghaib. Kajian ini mendeskripsikan bahasa dan sastera lisan masyarakat Latu, jaringan budaya yang sedikit demi sedikit terdesak dan terhakis.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Persuratan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Malay language -- Dialects -- Indonesia | |
dc.subject | Maluku (Indonesia) -- Languages | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Bahasa Latu: suatu analisis sastera lisan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 196 | |
dc.identifier.callno | PL5027.P347 2010 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002369(2010) | |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114619+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 635.08 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.