Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456100
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chong Shin, Dr. | |
dc.contributor.author | Herpanus (P43308) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T07:35:34Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T07:35:34Z | - |
dc.date.issued | 2009-09-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:114617 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456100 | - |
dc.description | Tesis ini merupakan kajian etnolinguistik yang mengkaji bahasa serta pengetahuan masyarakat terhadap fungsi, penamaan dan pengelasan tumbuhan Zingiberaceae. Kajian ini dilakukan terhadap masyarakat Dayak Desa di kampung Emparu dan Ransi Pendek, Kalimantan Barat, Indonesia. Berasaskan data yang diperoleh daripada perakaman, ditinjau beberapa aspek bahasanya, iaitu aspek fonologi dan morfologi termasuk penggandaan dan pemajmukan. Selanjutnya dari data rakaman itu juga dihuraikan penggunaan tumbuhan Zingiberaceae dalam kehidupan sosial dan budaya masyarakat. Kemudian, dianalisis aspek etnolinguistiknya terhadap sistem penamaan dan pengelasan tumbuhan Zingiberaceae oleh masyarakat Dayak Desa serta membandingkan pengelasan tempatan dan saintifik. Tumbuhan Zingiberaceae yang dikaji dalam tesis ini sebanyak 20 jenis, yang kesemuanya tumbuh di kawasan kampung Emparu dan Ransi Pendek. Berasaskan dapatan dari aspek fonologi Bahasa Desa memiliki 23 fonem, iaitu 19 bunyi fonem konsonan /p, b, t, d, c, j, k, g, m, n, s. h, l, w, y/ dan 4 fonem vokal /i, u, a/. Sedangkan dapatan dari aspek morfologinya, iaitu awalan dalam bahasa Desa varian Emparu yang menghasilkan kata kerja termasuk {N-}, {bk-}, {bt-}, {R-} dan {tR-}. Awalan yang menghasilkan kata nama termasuk {pN-} dan {p-}. Tumbuhan Zingiberaceae merupakan tumbuhan yang penting dalam kehidupan masyarakat Dayak Desa. Masyarakat Dayak Desa menggunakan tumbuhan Zingiberaceae dalam pengubatan, sebagai ulam dan rempah masakan, peralatan sehari-hari seperti anyaman, serta perkara yang berhubungkait dengan kepercayaan tradisional. Terdapat hubungan yang erat antara penggunaan dan kerpercayaan terhadap tumbuhan dengan sastera lisan masyarakat Dayak Desa. Sedangkan dari aspek etnolinguistik lainnya, nama tumbuhan dalam masyarakat Dayak Desa mencerminkan rasa, warna, penampilan, kegunaan, cara menggunakan dan cara pengambilannya. Dalam kes-kes tertentu pengelasan tempatan Dayak Desa juga menunjukkan kesepadanannya dengan pengelasan saintifik. Usaha penelitian seperti ini sangat penting terutama untuk mendokumentasikan dan mengungkap kompleksiti budaya di Alam Melayu. Hal tersebut juga penting dalam usaha pelestarian pengetahuan masyarakat dan budaya.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Persuratan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Anthropological linguistics -- Kalimantan (Indonesia) | |
dc.subject | Dayak (Indonesian people) -- Kalimantan (Indonesia) | |
dc.subject | Zingiberaceae -- Kalimantan (Indonesia) | |
dc.subject | Sociolinguistics -- Kalimantan (Indonesia) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Etnolinguistik Dayak Desa: zingiberaceae dan masyarakat | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 252 | |
dc.identifier.callno | P35.5.I5H444 2009 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002367(2009) | |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114617+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 886.33 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.