Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456094
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Chong Shin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Pan Hui (P78400) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-11T07:35:32Z | - |
dc.date.available | 2023-09-11T07:35:32Z | - |
dc.date.issued | 2017-06-11 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96865 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456094 | - |
dc.description | Suku Melanau di Sarawak merupakan salah satu suku peribumi yang berdepan dengan ancaman kepunahan kebudayaan tradisional akibat beberapa faktor seperti urbanisasi, Islamisasi dan sebagainya. Pada dasarnya suku Melanau diberi perhatian, baik semasa zaman kolonial mahupun pada masa sekarang. Pelbagai kajian, yang mencakupi berbagai-bagai disiplin ilmu telah dilakukan sebelum ini. Namun demikian, masih banyak lompong-lompong ilmu yang perlu diisi dan diperhalusi. Tesis ini berfokus kepada deskripsi salah satu kebudayaan tradisional mereka, iaitu upacara pemujaan laut dan menganalisis mantera yang digunakan. Tinjauan pustaka mendapati bahawa mantera tersebut (dibacakan semasa kaul dan semasa membina dan menghayun tibow 'sejenis ayunan') tidak diberi analisis oleh pengkaji lepas. Dalam erti kata lain, mantera tersebut hanya dipaparkan dalam tulisan tanpa analisis ilmiah yang memadai. Bertitik-tolak dari permasalahan ini, tesis ini bertujuan untuk merungkaikan kebudayaan tradisional Melanau, iaitu kaul dan dibandingkan dengan semah-aktiviti pemujaan laut suku Melayu. Dengan menggunakan data primer dari lapangan dan sekunder, kajian ini juga berfokus pada analisis terhadap mantera yang digunakan baik semasa kaul dan tibow. Dari segi metod memperoleh data tersebut, kajian ini mempraktikkan dua kaedah, iaitu kajian perpustakaan (untuk mendapatkan data sekunder) dan kajian lapangan (wawancara dan observasi di kampung Telian Tengah, Mukah) untuk data primer. Hasil kajian mendapati bahawa budaya tradisional ini masih diamalkan oleh suku Melanau yang beragama Kristian dan animisme, manakala telah luntur dalam masyarakat yang beragama Islam. Dari segi mantera yang digunakan, didapati setiap bapak kaul (ketua upacara kaul) mempunyai versi mantera yang berbeza-beza, namun bertujuan satu, iaitu memohon perlindungan dari Iopk-Ipok (semangat ghaib) agar kehidupan mereka bebas dari malapetaka dan murah rezeki. Analisis terhadap struktur binaan mantera kaul dan tibow mendapati bahawa mantera yang dibacakan semasa kaul mempunyai struktur yang sistematik dengan bermula dari kata pembuka, mempelawakan Ipok-Ipok untuk makan sasejen, menyatakan permintaan dan penutup. Bagi mantera semasa mendirikan dan menghayun tibow pula, hasil analisis mendapati bahawa ia adalah sejenis mantera berbentuk pantun yang dinyanyikan. Dengan itu, mantera tersebut mengandungi rima dan lirik yang berbentuk nyanyian. Kedua-dua jenis mantera ini juga mengandungi dua unsur linguistik yang menonjol, iaitu kaya dengan unsur pinjaman asing (terutamanya bahasa Melayu) dan unsur pengulangan. Dengan berdasarkan kerangka Noriah Taslim (2010), didapati mantera berkaitan kaul ini mengandungi lapan unsur sastera yang estetik, iaitu metafora, simile atau analogi, alusi, anafora, repeten, epifora, personifikasi dan hiperbola. Kajian ini telah berjaya memperkukuhkan dan memantapkan lagi pendekatan kajian mantera beliau. Secara keseluruhannya, kajian ini mendukung dua misi utama, iaitu (i) berusaha secara sederhana melestarikan adat tradisional Melanau yang kian ditelan zaman dan (ii) menerapkan kajian yang berbentuk ilmiah ke atas kebudayaan tradisi ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kaul | |
dc.subject | Mantera | |
dc.subject | Estetik | |
dc.subject | Melanau -- Social life and customs | |
dc.title | Pengkajian kaul Melanau Mukah dan unsur estetik dalam manteranya | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 158 | |
dc.identifier.callno | DS597.367.M44P336 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002801(2017) | |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96865+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 430.99 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.