Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456093
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Syukri Yeoh Abdullah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorRosle Haji Jumat (P56075)
dc.date.accessioned2023-09-11T07:35:32Z-
dc.date.available2023-09-11T07:35:32Z-
dc.date.issued2015-12-03
dc.identifier.otherukmvital:85650
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456093-
dc.descriptionKajian ini adalah kajian teks naskhah manuskrip Melayu kurun ke-17 Masihi berjudul Daqa'iq al-Huruf. Manuskrip ini dikategorikan sebagai manuskrip sastera kitab yang dikarang oleh seorang ulama tersohor pada zaman kegemilangan Aceh, iaitu Shaykh cAbd al-Rauf cAli al-Fansuri al-Singkili. Kajian dibuat untuk mempastikan naskhah Daqa'iq al-Huruf yang tertua dan hampir kepada salinan asal pengarangnya. Permasalahan kajian melihat banyak naskhah Daqa'iq al-Huruf tersimpan di repositori manuskrip merata dunia dengan berbagai rupa bentuk dan isi kandungan. Tujuan kajian ini adalah untuk mencapai beberapa objektif berikut, mengenal pasti jumlah naskhah Daqa'iq al-Huruf yang ada di alam Melayu mahupun di luar alam Melayu, menjelas kesempurnaan teks manuskrip Daqa'iq al-Huruf, mengetahui tatabahasa yang terdapat dalam Daqa'iq al-Huruf dan mencungkil tema dan mesej naskhah tersebut. Kajian ini adalah kajian kepustakaan dengan menggunakan pendekatan sejarah, tahkik, analisis tatabahasa dan analisis konten. Pendekatan sejarah digunakan untuk mengetahui riwayat hidup dan era pengarang naskhah Daqa'iq al-Huruf. Kajian isi kandungan pula menggunakan metodologi tahkik dalam memastikan kesahihan tajuk dan pengarang naskhah, naskhah adalah milik pengarang dan setiap isi kandungan karya tersebut adalah lebih hampir kepada rupa dan gambaran yang ditinggalkan oleh pengarangnya. Pembahasan bahasa menggunakan pendekatan analisis tatabahasa sebagai usaha mencungkil gaya dan laras bahasa dan penggunaan kata-kata dalam naskhah Daqa'iq al-Huruf. Dalam mengkaji tema dan mesej kitab pula menggunakan analisis konten untuk membuat kesimpulan yang bermatlamat dan sistematik dalam menentukan sifat spesifik sesuatu tema atau mesej naskhah. Hasil kajian menemukan 11 versi salinan manuskrip Daqa'iq al-Huruf tersimpan di pelbagai repositori manuskrip Melayu dunia. Penemuan mendapati naskhah tanpa kod yang ditemui di Aceh adalah versi terawal dan oleh kerana isi kandungannya tidak lengkap maka ia dijadikan sebagai naskhah bandingan sahaja bersama naskhah dengan Cod. Or. 7243 koleksi Perpustakaan Universiti Leiden . Sementara naskhah MSS1314 (N) koleksi Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur dijadikan naskhah utama. Kajian menunjukkan isi kandungan ketiga-tiga versi adalah 95% sama. Perbezaan hanya dari sudut pengurangan dan penambahan serta pengulangan perkataan. Namun pengurangan lebih banyak daripada penambahan dan pengulangan perkataan dengan perbezaan peratus 70% pengurangan dan 30% penambahan dan pengulangan perkataan. Stilistik menemukan manuskrip Daqa'iq al-Huruf mempunyai sejumlah 30% istilah ilmu tasawuf dan gaya bahasa yang digunakan menunjukkan gaya pendedahan iaitu gaya mentakrif, menghurai dan menjelaskan. Kajian ini menyumbang satu versi rumi manuskrip Daqa'iq al-Huruf bertahkik dan menghasilkan penyenggaraan kitab yang mudah dibaca dan difahami isi kandungannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
dc.rightsUKM
dc.subjectManuskrip Melayu
dc.subjectDaqa'iq al-Huruf
dc.subjectShaykh cAbd al-Rauf cAli al-Fansuri al-Singkili
dc.subjectUlama Aceh
dc.subjectMetodologi tahkik
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleDaqa'iq al-Huruf, satu kajian teks
dc.typetheses
dc.format.pages386
dc.identifier.barcode002625(2017)
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85650+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
909.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.