Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456092
Title: Kepelbagaian variasi bahasa Iban dan corak pemilihannya dalam interiksi kajian kes di Bahagian Barat Sarawak
Authors: Remmy Anak Gedat (P52814)
Supervisor: Chong Shin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Iban language - Phonology.
Issue Date: 17-Aug-2011
Description: Suku Iban merupakan suku terbesar di Sarawak. Tradisi pengkajian ilmiah tentang bahasa suku Iban biasanya berfokus kepada aspek struktur bahasa seperti fonologi, morfologi dan sintaksis serta leksikografi. Para pengkaji bahasa suku Iban juga didapati seolah-olah menyahkan ciri diversiti yang wujud dalam bahasa ini dengan cenderung menggunakan satu istilah, iaitu bahasa Iban sebagai penamaan untuk semua bahasa suku Iban di Sarawak yang diteliti. Sehubungan dengan itu, tesis ini bertujuan meninjau variasi-variasi dalam bahasa berkenaan dan mengenalpasti corak-corak interaksi yang wujud apabila penutur-penutur Iban dari latar belakang variasi Iban yang berbeza. Dua metodologi dipraktikan dalam kajian ini. Pertama, pengumpulan kosa kata bahasa Iban di Rumah-rumah Panjang di Lundu, Betong, Kanowit dan kampung Sampun, bahagian barat Sarawak. Kedua, rakaman tak sedar. Melalui kaedah ini, perbualan-perbualan informan Iban dirakam untuk menganalisis corak-corak interaksi yang diwujudkan. Kajian ini telah menemui empat variasi Iban, iaitu variasi Iban Lundu-Betong, Samarahan, Sibu dan Iban Standard (lisan). Di antaranya, variasi Iban Samarahan berhubungan jauh dengan variasi Sibu, Lundu-Betong dan Iban Standard (lisan); dari segi fonologi, walaupun variasi Samarahan dan Sibu memperlihatkan persamaan, iaitu kewujudan kesepadanan r : h, namun perbezaannya sangat nyata dari aspek leksikal; dan, variasi Lundu-Betong pula berhubungan sangat dekat dengan variasi Iban Standard (lisan), baik dari aspek leksikal mahupun fonologi. Di dalam komuniti linguistik yang majmuk dari segi variasi Iban, terdapat tiga corak interaksi yang diwujudkan oleh penutur-penutur Iban semasa berinteraksi, iaitu 1) penggunaan variasi Iban Standard (lisan); 2) menggunakan masing-masing variasi; dan, 3) melakukan akomodasi pertuturan terhadap variasi lawan bicara. Ketiga-tiga corak interaksi ini amat berkait rapat dengan domain-domain seperti tempat, darjah keakraban, tahap kompetensi, topik perbualan dan sebagainya. Iban is the largest ethnic group in Sarawak. Previous Iban linguistics studies mainly focused on its linguistic structure such as phonology, morphology, syntax and lexicography. In general, it was identified that Iban linguist tend to use the term bahasa Iban as the naming for their research. The using of this term indeed may not express the diversification and complexity of Iban languages in Sarawak, accurately. This thesis aims to explore the Iban variations in western part of Sarawak and study the patterns of languages choices among the Iban speakers. Two research methods were practiced in this study. The first method was collecting basic Iban vocabularies from the Iban's long-houses in Lundu, Betong, Kanowit and Sampun village, in the western part of Sarawak. The second method was an uncoucious speech recordings. By practicing this method, various kinds of conversations made by Iban speakers were recorded. The purpose of this recording is to discuss the interaction patterns created during a conversation. This fieldwork had identified four Iban varieties in western Sarawak, namely the Lundu-Betong, Samarahan, Sibu and Standard Iban. It was studied that the Iban variety in Samarahan is different with the Lundu-Betong and Standard Iban; the Lundu-Betong and Standard Iban however are closely related, lexically and phonologically; the Samarahan and Sibu variety, show similarity in phonology (with the correspondence of h : r) but different lexically. In such multi-varieties community, three patterns of language choices have been identified: 1) the using of Standard Iban for communications; 2) each of the speakers used their own language variety; and 3) do accommodation to the interlocutor's speech. It was studied that all of these language choice patterns are close related to the domains of a speech, such as locations, intimacy, competency and the topic.,Master / Sarjana
Pages: 155
Call Number: PL5060.95.I23 R445 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85070+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.