Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456081
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamdzun Haron, Dr.
dc.contributor.authorSalina Abdul Manan (P65244)
dc.date.accessioned2023-09-11T07:35:28Z-
dc.date.available2023-09-11T07:35:28Z-
dc.date.issued2015-11-20
dc.identifier.otherukmvital:80587
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/456081-
dc.descriptionTengkolok, tanjak, destar, bulang hulu atau justar adalah istilah yang diguna pakai bagi mengenali penutup kepala lelaki Melayu. Ia merupakan salah satu kelengkapan persalinan golongan istana dan bangsawan pada zaman dahulu yang begitu indah serta unik. Setiap negeri di Semenanjung Malaysia, contohnya negeri Perak yang mengamalkan sistem beraja mempunyai reka bentuk tengkolok tersendiri. Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan terdapat lapan reka bentuk tengkolok warisan kesultanan di negeri Perak. Namun sehingga kini hanya tiga reka bentuk tengkolok sahaja yang masih diguna pakai iaitu Ayam Patah Kepak, Helang Menyusur Angin dan Getam Pekasam. Kelapan-lapan tengkolok ini mempunyai reka bentuk yang sangat berbeza. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjawab dua persoalan utama iaitu bagaimanakah reka bentuk tengkolok tersebut dihasilkan? dan adakah reka bentuk tengkolok yang dihasilkan dengan nama yang berbeza tersebut mempunyai falsafah di sebaliknya? Bagi menjawab persoalan ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat empat bahagian utama di dalam menghasilkan kelapan-lapan tengkolok antaranya penyediaan kain tengkolok, teknik lipatan asas tengkolok, teknik ikatan simpul dan pucuk rebung serta teknik lipatan solek. Manakala setiap kelapan-lapan reka bentuk tengkolok itu memiliki falsafah yang dikategorikan sebagai berguna, berupa, bertingkat dan bergaya. Penyelidikan ini amat penting bagi memelihara pakaian tradisional orang Melayu khususnya pemakaian tengkolok agar tidak pupus dalam arus pemodenan fesyen pakaian. Oleh itu, pemakaian tengkolok wajar dilestarikan sebagai lambang serta identiti masyarakat Melayu agar seni kemahirannya dapat diwarisi dari zaman ke zaman.,Sarjana Persuratan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectTengkolok
dc.subjectPakaian tradisional Melayu
dc.subjectPakaian istana
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleFalsafah reka bentuk tengkolok Kesultanan Perak Darul Ridzuan
dc.typetheses
dc.format.pages300
dc.identifier.barcode002092 (2016)
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80587+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
449.58 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.